suria

Maybank Islamic Dipilih Bank Persendirian Terbaik Bagi Perkhidmatan Islam

KUALA LUMPUR: Maybank Islamic, bagi dua tahun berturut-turut telah dipilih sebagai Bank Persendirian Terbaik bagi Perkhidmatan Islam oleh Financial Times The Banker.

Selepas memenangi kali pertama anugerah diiktiraf global itu pada 2013, anugerah terbaharu ini menambahkan lagi kepada pengiktirafan yang diperoleh kumpulan Maybank daripada Kaji Selidik Perbankan Persendirian dan Pengurusan Harta Euromoney 2015.

Bagi kali keenam, bank itu memenangi anugerah "Perkhidmatan Perbankan Persendirian Terbaik Keseluruhan (Malaysia)" dan enam anugerah sub-kategori.

"Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada keupayaan dan kekuatan Pengurusan Harta Maybank, kerana ia memanfaatkan model berasaskan segmen dan pendekatan berpusatkan pelanggan kumpulan," kata Maybank dalam satu kenyataan, Selasa.

Artikel Lain