suria

iProperty.com Malaysia Anjur Anugerah Iktiraf Profesional Industri Hartanah

KUALA LUMPUR: iProperty.com Malaysia akan mengiktiraf sumbangan tenaga profesional industri hartanah menerusi penganjuran Anugerah Ejen Pengiklanan Malaysia iProperty.com (AAA) pada 16 Jun yang julung kali diadakan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Georg Chmiel berkata, penganjuran AAA adalah pengiktirafan tertinggi terhadap aspek pencapaian, kepemimpinan dan inovasi kalangan ejen, perunding serta agensi.

"AAA menjadi platform terbaik untuk mengiktiraf sumbangan ejen, perunding dan agensi indusri hartanah.

"Tahun lepas, kami menganjurkan Anugerah Pilihan Ramai iProperty.com 2014 khusus bagi mengiktiraf pemaju yang memberi sumbangan besar dalam usaha pembentukan mercu tanda Malaysia menerusi projek pembangunan berprestij mereka.

"Bagi tahun ini pula, kami mahu memberi pengiktirafan dan penghargaan sama kepada profesional hartanah tempatan yang berbakat besar serta berpengetahuan luas," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Sehubungan itu, Chmiel berkata, iProperty.com mempelawa semua profesional hartanah Malaysia yang berdaftar, untuk mengemukakan penyertaan mereka menerusi dalam talian di www.iproperty.com.my/agentsawards sebelum 31 Mac, 2015. 


Artikel Lain