suria

MAS Guna Teknologi Penerbangan Baharu Bantu Tingkat Operasi

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) menggunakan teknologi operasi penerbangan yang terkini untuk meningkatkan operasinya sepenuhnya dan menyelaras aktiviti serta menambah baik proses membuat keputusan.

"Dengan pelaksanaan teknologi itu yang diperkenalkan oleh Sabre Corporation, MAS dapat mengurus penggunaan pesawat, jadual penerbangan dan penyelenggaraan, prestasi ketepatan masa serta gangguan dan operasi yang tidak teratur dengan lebih baik," katanya dalam kenyataan.

Teknologi tersebut mengintegrasikan semua bidang operasi yang kritikal termasuk pemantauan pesawat, pergerakan anak-anak kapal, penumpang dan kargo serta menyediakan pusat kawalan operasi syarikat penerbangan dengan gambaran menyeluruh semua masalah dan gangguan supaya pekerja dapat menanganinya dengan segera.

MAS, Sabre Corporation

Artikel Lain