suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SAAB, DRB-Hicom Meterai Perjanjian Kerjasama Baharu

SINGAPURA: Firma pertahanan dan keselamatan, SAAB, telah memeterai satu perjanjian kerjasama industri baharu membabitkan pesawat pejuang Gripen dengan Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) yang juga unit milik penuh DRB Hicom Bhd.

Dalam kenyataan pada Selasa, peneraju SAAB Malaysia, Thomas Linden, berkata perjanjian itu antara lainnya merangkumi aspek penyenggaraan Gripen, aktiviti sokongan, reka bentuk dan pengeluaran sistem komposit lanjutan serta pemindahan teknologi yang berkaitan.

"Bagi pihak SAAB, perjanjian dengan Deftech ini adalah satu langkah penting bagi meneruskan perniagaan kami di Malaysia serta negara jirannya.

"Selain menyokong program pertahanan kerajaan Malaysia dengan penyelesaian bagi memantapkan keupayaan operasi negara itu, perjanjian baharu ini juga dapat mewujudkan peluang perniagaan bagi kedua-dua pihak," katanya.

Linden berkata, pada 2011, dua syarikat itu telah memeterai satu perjanjian kerjasama industri berhubung kolaborasi bagi sistem amaran awal udara dan sistem kawalan.

"Kerjasama ini diteruskan lagi pada Mac 2013 dengan pemeteraian satu perjanjian persefahaman merangkumi pelbagai bidang teknologi," katanya.

SAAB mempunyai rekod sebagai pembekal peralatan pertahanan berprestasi tinggi kepada pasukan pertahanan Malaysia sejak sekian lamanya.

Ini termasuk kelengkapan radar di lautan serta darat, sistem pertahanan udara bagi helikopter dan pesawat pejuang, pusat kawalan tentera laut, sistem kawalan dan senjata bantuan ketenteraan termasuk senjata anti kereta kebal.

SAAB, DRB-Hicom, Thomas Linden

Artikel Lain