suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johor Corp Gerak Briged Waqaf Bantu Mangsa Banjir

JOHOR BAHARU: Johor Corporation, menerusi Briged Waqaf telah menggerakkan inisiatif di peringkat kumpulan bagi menyelaraskan semua bentuk bantuan, penghantaran bantuan serta kerja-kerja pemulihan dan pembersihan selepas banjir.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata briged itu yang dianggotai sukarelawan daripada kalangan anggota pekerja Kumpulan Johor Corporation juga akan menyertai misi meninjau dan melaksanakan kerja-kerja bantuan di lokasi bencana.

Beliau berkata, bantuan kepada mangsa banjir di luar Johor turut ditumpukan kepada anggota pekerja syarikat kumpulan itu di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut serta hospital pakar KPJ.

"Kumpulan Johor Corp turut terlibat dalam melancarkan kutipan sumbangan untuk mangsa dalam bentuk makanan, susu, lampin pakai buang, selimut dan pakaian," kata Mohamed Khalid yang merupakan pengerusi Johor Corp dalam kenyataan di sini, Rabu.

Antara anak syarikat Johor Corp yang terlibat ialah Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) yang melancarkan kempen bagi mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai di kompleks beli-belah KOMTAR JBCC, Galleria

Johor Corp, KPJ, Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain