suria

Banjir: ETCM Tawar Bantuan Kepada Pelanggan Nissan

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) melancarkan Kempen Bantuan Nissan bagi pelanggan kenderaan itu yang terjejas akibat banjir di sekitar negara.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, ETCM berkata kempen itu bertujuan membantu pemilik yang kenderaan Nissan mereka rosak dalam bencana di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah.

Ia antara lain, menawarkan diskaun 25 peratus ke atas alat ganti tulen dan khidmat buruh bagi tujuan baik pulih kenderaan Nissan serta khidmat tunda kenderaan percuma sehingga RM150.

Turut ditawarkan, jaminan tempoh tiga bulan atau 5,000 kilometer bagi khidmat buruh dan gantian alat ganti tulen Nissan.

Kempen Bantuan Nissan itu bermula sekarang sehingga 28 Feb, 2015 dan mangsa banjir digesa menghantar kenderaan Nissan mereka yang terjejas ke pusat servis yang berhampiran.

Banjir, Nissan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain