suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KUALA LUMPUR: Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kepada lebih separuh daripada harga tawaran awam permulannya disebabkan kejatuhan harga minyak sawit di pasaran dunia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata kesan penurunan harga komoditi itu di pasaran dunia sememangnya memberi kesan kepada harga saham syarikat yang 75 peratus daripada perniagaannya bergantung kepada sawit.

"Kita tidak boleh bandingkan dengan Sime Darby atau IOI yang lebih pelbagai. Apabila harga turun sudah tentu ia akan mempengaruhi harga FGV. Harga saham FGV pada saya, agak membimbangkan dan sedih, tapi saya harap semua pemegang saham tidak jual (saham mereka)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ketahanan Nasional 2014 di sini, Selasa.

Razali juga menolak dakwaan kejatuhan saham FGV berkaitan dengan pengurusan yang tidak baik di syarikat itu.

"Tak adil untuk kita hukum. Kalau salah urus, saya pasti anda akan melihat beberapa perubahan dibuat kepada pemegang jawatan. Saya sedang dapatkan maklumat tentang perniagaan lain di bawah FGV yang boleh kurangkan kebergantungan kepada komoditi," katanya.

Saham FGV bagi pelabur runcit semasa dibuka untuk tawaran awal permulaan pada Mei 2012 ialah pada RM4.55.


FGV, Felda, Saham

Artikel Sebelum

Artikel Lain