suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Might, MGTC Memeterai MoU Tingkat Inisiatif Hijau Di Melaka

KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Melaka Green Technology Corporation (MGTC) untuk menggiatkan inisiatif hijau mereka dalam Program Komuniti Pintar Dipacu Industri.

Dalam satu kenyataan bersama ia berkata kerjasama itu melibatkan enam projek dipacu industri di Melaka bagi fasa satu pada 2014-2015 dengan MIGHT sebagai rakan penyediaan utama di bawah Pelan Tindakan Bandar Raya Hijau (GCAP) yang selesai pada April 2014.

Projek awal itu menyasar jumlah pelaburan industri sebanyak RM550 juta.

"Melaka merupakan negeri pertama menetapkan garis panduan bagi inisiatif hijau dan melaksanakan Rangka Tindakan Bandar Raya Teknologi Hijau 2011-2020, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT Datuk Dr Yusoff Sulaiman berkata: "Might dan MGTC akan bekerjasama membangunkan model industri sebagai bandar demonstrasi pertama sebagai penanda aras bagi dicontohi oleh tempat-tempat lain di negara ini bermula 2016. 
Might, Melaka, GCAP

Artikel Berikut

Artikel Lain