Mohd Fowzi berkata, prestasi yang lebih baik itu hasil daripada peningkatan jumlah kargo cecair dari pelabuhannya di pantai timur Sabah dan pengendalian kontena yang lebih tinggi di pelabuhan kontena Teluk Sapangar.
"Keuntungan sebelum cukai kumpulan tahun lepas meningkat 18.8 peratus kepada RM82.31 juta berbanding RM69.28 juta pada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Selasa.
Beliau berkata, operasi pelabuhan, yang merupakan penyumbang utama Suria, menjana 85.2 peratus daripada pendapatannya; logistik dan perkhidmatan bunker (10.6 peratus); operasi terminal feri (dua peratus); serta kontrak dan kejuruteraan (1.3 peratus).
"Anak syarikat kami, Sabah Ports Sdn Bhd, yang mengendalikan lapan pelabuhan utama di negeri ini, mencatatkan pendapatan sebanyak RM220.5 juta dan keuntungan kasar RM104.2 juta pada tahun lepas.
Mohd Fowzi berkata, kargo tanpa kontena, bagaimanapun, mengalami penguncupan kecil pada 22.50 juta tan metrik (MT) daripada 22.52 juta MT pada 2012 disebabkan oleh pengurangan dalam operasi dermaga.
Pendapatan Suria Capital Pada 2013 Atasi Tahun Sebelumnya
Sabah Ports antara anak syarikat Suria Capital Holdings Bhd.


