suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Visa Iktiraf PDRM, Maybank

KUALA LUMPUR: Syarikat pembayaran teknologi global Visa memberi pengiktirafan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maybank atas peranan utama mereka dalam memastikan keselamatan kad pembayaran.


Menurut Visa dalam kenyataan pada Jumaat, Maybank menerima anugerah Visa Leadar, manakala PDRM dianugerahkan Anugerah Visa Penguatkuasaan Undang-undang di Sidang Kemuncak Keselamatan Visa Asia-Pasifik dan Eropah Tengah dan Timur, Timur Tengah dan Afrika (Cemea) 2014.

Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, keselamatan pembayaran merupakan perkara paling utama dalam senarai keutamaan perniagaan Visa dan Maybank, yang ternyata menjadi peneraju dalam kemajuan amalan pengurusan risiko di rantau ini.

"Visa percaya keselamatan merupakan tanggungjawab bersama dan kami sentiasa bekerja seiringan dengan keseluruhan komuniti pembayaran di Malaysia, termasuk penguatkuasaan undang-undang, untuk melindungi ekosistem pembayaran daripada kebarangkalian serangan.

"Kami berharap pengiktirafan kepada PDRM ini akan menggalakkan industri perkhidmatan kewangan untuk bekerjasama dengan Visa dan penguatkuasa undang-undang supaya lebih menjamin masa depan pembayaran," katanya.


Visa, PDRM, Maybank, Visa Leader

Artikel Lain