Saham Gamuda Naik Setelah PNB Terima Tawaran Pegangan - Niaga | mStar

Saham Gamuda Naik Setelah PNB Terima Tawaran Pegangan

KUALA LUMPUR: Saham Gamuda Bhd di Bursa Malaysia naik sedikit, semasa awal dagangan pada Jumaat selepas Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima harga tawarannya untuk memperoleh 20 peratus pegangan dalam Kesas Holdings Bhd.

Pada pukul 9.31 pagi, kaunter menokok kepada RM4.52, selepas dibuka tiga sen lebih tinggi pada RM4.54 dengan 44,400 saham bertukar tangan.

Menurut laporan semalam, Gamuda menawarkan untuk membeli pegangan pada RM3.08 sesaham atau RM290 juta, secara tunai, meningkatkan pegangan kumpulan dalam pengendali lebuh raya itu kepada 70 peratus.

Gamuda juga menyemak harga tawaran kepada dua pemegang saham syarikat itu, iaitu PNB dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor kepada RM3.08 sesaham daripada RM2.97 sesaham yang ditawarkan pada akhir Mei.

Bagaimanapun, Gamuda berkata PKNS, yang menguasai baki 30.0 peratus pegangan dalam Kesas, tidak menerima tawaran itu. 


Gamuda

Artikel Sebelum

Sime Darby Property Pemaju Terbaik Asia

Artikel Berikut

Visa Iktiraf PDRM, Maybank

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain