suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stesen Janakuasa Manjung 4 TNB Beroperasi Lebih Awal

Stesen Janakuasa Manjung 4 TNB disiapkan lebih awal daripada jadual.
KUALA LUMPUR: Stesen Jana kuasa arang batu Manjung 4 milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Manjung, bakal beroperasi pada awal Ogos 2014, lebih cepat daripada perancangan.


Stesen Manjung 4 yang 98 peratus siap itu pada asalnya dijadual beroperasi pada 31 Ogos dengan keupayaan menjana 1000 Megawatt (MW).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata, penambahan penjanaan kuasa elektrik sebanyak 1000MW menerusi stesen jana kuasa baharu itu akan dapat meningkatkan kestabilan pembekalan elektrik negara.

"TNB sememangnya mempunyai kepakaran serta kebolehan yang tinggi serta mampu melaksanakan pembinaan infrastruktur mega bagi pembangunan negara," katanya.

Pada Khamis, Leo Moggie dan anggota Lembaga Pengarah TNB mengadakan lawatan kerja sehari ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung, bersebelahan tapak Manjung 4.



TNB, Manjung 4, Tan Sri Leo Moggie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain