suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JPX Perluas Operasi Ke Asia, KL Destinasi Pertama

KUALA LUMPUR: Japan Exchange Group Inc (JPX) bergerak melaksanakan pembangunan perniagaan di sekitar Asean mengikut rancangan pengurusan tiga tahunnya.


Dalam satu kenyataan, JPX berkata, sebahagian besar pelaburan Asia dalam pasaran saham Jepun adalah dari Singapura dan Hong Kong, justeru ia kini berusaha memupuk hubungan yang lebih luas, terutamanya dengan pelabur institusi dalam ekonomi Asean yang pantas berkembang.

Sebagai sebahagian daripada langkah strategik pertamanya di Kuala Lumpur, satu seminar pelaburan diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur yang disertai oleh 100 pelabur dan 34 institusi Malaysia.

Seminar itu menawarkan pertemuan empat mata dan bengkel untuk mendapatkan kefahaman tentang syarikat Jepun.

"Tujuan kami di JPX ialah memperluas jangkauan pasaran Jepun ke kawasan lain.

"Kami juga akan terus mewujudkan peluang di Malaysia kerana kami nampak potensi pelaburan Malaysia di Jepun dengan memenuhi keperluan bagi lebih banyak kegiatan perhubungan pelaburan tentang syarikat-syarikat Jepun," kata Pegawai Eksekutif JPX, Yasuyuki Konuma.

JPX akan juga menganjurkan Seminar "Operasi Jangka Panjang dan Pelaburan Malaysia" di Tokyo pada 9 Julai.

"Bursa Malaysia akan diundang untuk menyampaikan ceramah kepada pelabur-pelabur Jepun tentang keadaan makroekonomi dan pelaburan ekuiti di Malaysia," katanya sambil menambah bahawa Malaysia semakin menarik minat di Jepun. 


JPX, Asean

Artikel Lain