SEORANG wanita berasa malu dan dikhianati selepas mendakwa suami menghebahkan masalah rumah tangga mereka kepada ahli keluarga mentua.
Katanya, disebabkan tindakannya itu seluruh keluarga suami mula memandang serong dan menuduh dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga.
Tetapi hakikatnya mereka hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja, sebagaimana dijelaskan dalam hantaran di Threads.

Seorang isteri mesti malu apabila diaibkan pasangan sendiri. -Gambar hiasan
"Saya baru dapat tahu yang suami dah spill (canang) semua masalah rumah tangga dekat satu famili dia. Sekali adik beradik dia ya.
"Sekarang dah boleh bayangkan dah satu keluarga dia cop saya yang bermasalah sekarang ni. Mana tidaknya, dengar sebelah pihak je kan," ceritanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lepas geram ‘order’ 4 aiskrim mahal! Selama ni hidup berjimat, suami disangka tak berduit kantoi belanja perempuan lain
ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta dengan ‘ex-BF’ sahabat, wanita keliru niat sebenar diajak ke majlis kahwin! Dah jemput, tapi canang cerita ‘kurang enak’
Lebih mengecewakan, sebagai isteri dia tidak pernah sesekali membuka aib rumah tangga kepada keluarga, sebaliknya memilih untuk diam demi menjaga maruah bersama.
Wanita itu mengakui, tindak-tanduk suaminya kini membuatkan dia terfikir untuk mengambil jalan terakhir dengan melantik peguam syariah serta memfailkan perceraian.
"Wow main 'kotor'. Saya tak pernah, walau sekali pun beritahu apa-apa masalah dekat keluarga.
- Isteri rasa dikhianati selepas suami sebar masalah rumah tangga.
- Keluarga mentua menuduhnya jadi punca walau hanya dengar cerita sebelah pihak.
- Dia tidak pernah buka aib suami pada keluarga demi jaga maruah bersama.
- Isteri mula fikir untuk failkan cerai melalui peguam syariah.
- Netizen nasihat berbincang dengan suami walaupun ramai kecam sikap lelaki.
"Sikit lagi saya nak upah peguam syariah dan failkan cerai," dia menceritakan kisah rumah tangganya.
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian ramai netizen yang turut tidak bersetuju dengan sikap pasangannya.
Ada netizen berpendapat isteri wajar bertanya terus kepada suami mengapa dia berbuat demikian kerana lelaki itu mungkin sekadar mahu meluahkan perasaan.

Komen netizen di media sosial.
"Tanya suami kenapa dia buat macam tu. Kadang-kadang ada juga nak meluah perasaan. Penting, dapatkan penjelasan. Kalau dah rasa muak dengan keadaan, failkan cerai.
"Suami mulut 'kepochi' sangat tak tenang ye hidup isteri. Syukur suami saya jenis cakap terus dan tak suka libatkan orang dalam hal rumah tangga.
"Serius la, saya ingatkan saya (suami) je tak normal. Canang hal rumah tangga dekat mak saudara, adik beradik dan mak ayah dia. Rasa macam saya ni kahwin dengan 'wanita jadian'," komen beberapa netizen.


