SUDAH banyak perkongsian di media sosial mengenai kisah penjawat awam yang muflis gara-gara membuat pinjaman peribadi. Rata-ratanya adalah pengalaman yang diceritakan oleh tuan badan sendiri agar dapat dijadikan pengajaran oleh individu lain. Ini turut dibuktikan menerusi rekod Jabatan Insolvensi Malaysia yang mendedahkan sebanyak 3,602 kes kebankrapan direkodkan dalam kalangan penjawat awam bermula 2020 hingga September 2024, sebagaimana yang dilaporkan media beberapa hari lalu. Dalam satu hantaran di Facebook, seorang guru turut berkongsi masalah yang dialaminya gara-gara wang gajinya tidak mencukupi lantaran terpaksa melangsaikan komitmen serta hutang. Kesilapan merencana kewangan akan memudaratkan diri sendiri. -Gambar hiasan "Gaji kasar RM4,500 tapi bersih tinggal RM1,400. Belum lagi potong RM770 untuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan bayaran Aeon Credit berjumlah RM224," tulis guru tersebut dalam hantaran berkenaan. Menurutnya juga, bebanan kewangan makin menekan memandangkan dirinya mempunyai tiga anak yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar. ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali ditolak bekerja sebab status muflis, individu rasa diri lebih hina daripada warga asing! Dah insaf tapi sukar mula hidup baharu ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kerja hebat, semua orang sanjung! Lelaki kuat berjoli jatuh terduduk lepas muflis, cuma isteri setia susah senang bersama "Suami kerja sendiri... gaji pun tak tentu, kadang ada kadang tak ada," tulisnya lagi menerusi ruangan komen. Disebabkan bebanan hutang yang agak tinggi, guru tersebut berhasrat untuk dirinya diisytiharkan muflis secara sukarela. Dah muflis masalah tetap ada. Setahu saya bila bankrap ni susah naik pangkat. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. NETIZEN "Saya berniat nak mufliskan diri sebab tak terdaya dah bayar komitmen yang tinggi. "Ada ke seorang guru berumur 33 tahun muflis? Saya baru tujuh tahun berkhidmat. "Ada apa-apa kesan di masa akan datang tak? Rumah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dilelong? Saya ada sebuah kereta saja... pun akan dirampaskah?" kongsinya sambil meminta pandangan daripada warga maya. Perkongsian guru berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya berkongsi pelbagai nasihat serta pandangan bagi menyelesaikan masalah yang dialaminya. Sebahagian daripada reaksi netizen terhadap perkongsian guru berkenaan. "Mufliskan diri? Dah muflis masalah tetap ada. Setahu saya bila bankrap ni susah naik pangkat. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Better cari jalan tambah pendapatan. "Downgrade hidup. Andai pakai kereta berjenama jualkan dan cuba cari yang second hand. Hidup biar sederhana, tak payah nak berlawan dengan orang lain... biar mental kita sihat. "Buat side income macam tuisyen, tutor, Grab, jual kek. Kerja cikgu ni kalau berniaga makanan dan snek pada kawan-kawan pun 'masyuk'. Setiap minggu open order," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube