suria

Anak ada masalah testis, bapa berkeras nak berubat kampung! Isteri pula takut suami cop derhaka jika teruskan pembedahan

Ibu bapa tidak sepatutnya memperjudikan kesihatan anak dengan rawatan yang tidak bertauliah. -Gambar hiasan

ZAMAN kini sudah serba moden tetapi masih ada individu lebih percaya kepada rawatan alternatif dan tradisional berbanding teknologi perubatan canggih.

Lebih membimbangkan, segelintir individu menolak teknologi hari ini kerana lebih percayakan perawat, bomoh atau ustaz untuk menyembuhkan penyakit.

Di platform X, seorang wanita meluahkan rasa buntu apabila hasratnya untuk merawat anak di hospital mendapat tentangan suami.

A boy watching the syringe filled with Pfizer vaccine during the National Covid-19 Immunisation Programme for Children (PICKids) at Shah Alam Ideal Convention Centre (IDCC) yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Cahaya mata merupakan amanah kurniaan Allah buat pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, anaknya menderita penyakit undescended testis, satu keadaan di mana buah testis tidak turun sampai ke kantung skrotum yang sepatutnya sudah berlaku sebelum lahir.

"Saya ada anak lelaki umur setahun empat bulan dan anak saya mengalami undescended testis.

"Masalah sekarang adalah suami saya tak benarkan anak saya jalani pembedahan lagi, sebab dia nak berubat kampung," luahnya.

Saya takut jadi derhaka kat suami sebab tak ikut cakap dia kalau saya teruskan operation ini.

ISTERI

Menurut pengadu, dia juga buntu memandangkan pihak hospital sudah menetapkan tarikh untuk pembedahan anaknya.

Sekiranya anaknya tidak dibedah pada tarikh itu, dia risau kanak-kanak itu akan menderita lebih lama lagi.

Dalam masa sama, dia juga tidak mahu membuat keputusan sendiri dan bimbang menjadi derhaka kerana membelakangkan keputusan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bahagia dengan suami tapi asyik terkenang cinta lama! Pergi berubat, perawat dakwa dibomoh famili ex-BF

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa guna ‘ilmu roh’ selesai masalah orang ramai - “Awak belum lafaz, saya dah tahu nak tanya apa”

"Dia ada appointment operation 12 November ini. Saya risau sebab appoinmnet hospital kadang-kadang tiga ke empat bulan baru dapat appointment baru.

"Sebelum ni dah tunda sebab anak tak sihat. Saya takut jadi derhaka kat suami sebab tak ikut cakap dia kalau saya teruskan operation ini.

"Perlukah saya teruskan operation anak atau ikut cakap suami? Tapi saya kesiankan anak. Famili saya kalau boleh nak teruskan operation," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, netizen menasihati pengadu agar mengutamakan kesihatan anaknya kerana ia melibatkan masa depan kanak-kanak berkenaan.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Kesihatan anak-anak menjadi keutamaan bagi setiap ibu bapa. -Gambar hiasan

"Adik saya dulu ada congenital hernia. Berbulan berubat kampung, tak jadi. Adik sakit hari-hari. Lepas bedah, terus sihat sampai sekarang umur 14 tahun.

"Undescended testis boleh buat anak tu jadi mandul kalau tak betulkan awal. Kesian dah tua nanti tak ada anak.

"Pergi operation. Kesihatan anak jangan ambil mudah. Kalau diri sendiri sakit, itu suka hati kau la nak jumpa doktor ke berubat kampung ke.

"Mostly berubat kampung scam, bagi harapan dekat orang yang terdesak," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain