DALAM menjalani kehidupan seharian, kita sewajarnya mempunyai common sense apabila berdepan dengan apa jua situasi, sekali gus dapat memudahkan urusan sendiri dan juga orang lain. 'Common sense' tidak perlu dipelajari di sekolah, sebaliknya ia adalah keupayaan seseorang untuk memahami dan menangani situasi dengan cara yang logik dan berasas. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang pelayar berkongsi situasi di sebuah majlis perkahwinan, di mana kebanyakan tetamu didakwa enggan berganjak dari tempat duduk biarpun sudah selesai menjamu selera. Situasi berkenaan menurutnya, membuatkan dia bersama keluarga dan tetamu lain yang baru tiba terpaksa makan di atas lantai dewan kerana tidak mempunyai tempat duduk. Apabila diundang ke sesebuah majlis, kita wajar menjaga adab sebagai tetamu. -Gambar hiasan "Sejenis dah habis makan tak reti-reti nak bangun. Tak hormat tetamu lain datang nak duduk. "Tak fahamlah orang macam ni," tulisnya dalam perkongsian video berdurasi sekitar lapan saat itu. Berdasarkan video berkenaan, kelihatan dewan perkahwinan yang menempatkan meja bankuet dipenuhi dengan tetamu yang sedang duduk menjamu selera, dan ada juga yang sekadar bersembang. Kelihatan juga sebilangan tetamu termasuk kanak-kanak bersila di atas lantai di sudut dewan sambil menjamu selera kerana tiada kekosongan tempat duduk. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah geram jiran tak ada ‘common sense’... Bagi tumpang garaj percuma, kereta rosak dibiar tersadai setengah tahun ARTIKEL BERKAITAN: Mana adab, common sense? Anak orang baru meninggal dunia, wanita sibuk kirim mesej minta baju "Ikutkan jemputan ni RSVP tau. Terkejut tengok ramai betul. By the way, tuan rumah ni saudara kepada husband. (Kami) cuma datang terlewat je. "Yang duduk tu semua tetamu tuan rumah. Memang depa (mereka) tak ada common sense," tulisnya lagi menerusi ruangan komen menjelaskan situasi yang berlaku. Emcee kena main peranan beritahu yang dah siap makan bagi orang lain pula duduk. NETIZEN Sehingga kini video tersebut meraih lebih 59,000 jumlah tontonan. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut sependapat dengan individu berkenaan malah ada yang turut berkongsi pengalaman sama. Dalam pada itu, ramai yang berkongi pandangan dan cadangan agar situasi sedemikian dapat dielakkan seterusnya melancarkan lagi majlis yang dianjurkan. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Siapa nak buat kenduri, tempat tak berapa luas, kenalan serta saudara pun banyak... saya nasihatkan jangan add-on dessert terlampau banyak. Sebab dessert inilah yang buat orang duduk lama. "Saya kenduri di rumah, then sediakan satu bahagian di bawah pokok. Letak kerusi banyak-banyak dan stall teh tarik, kuih dan asikrim. Letak banner 'Santai Corner'. Sambil-sambil emcee main peranan, so yang nak sembang boleh lepak situ. "Emcee kena main peranan beritahu yang dah siap makan bagi orang lain pula duduk," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube