suria

Pengusaha donat ‘berayaq’ angkat bendera putih, dakwa disuruh buat ‘content’ sebut cirit - “Maaf, bukan idea kami”

Tangkap layar video viral yang mengundang kemarahan ramai.

AKIBAT terlalu ghairah menggunakan teknik pemasaran melampau bagi menarik perhatian pembeli, seorang pengusaha donat susu dengan tagline 'berayaq' teruk dikecam warga maya kerana mempamerkan gaya kurang sopan.

Paling menjijikkan apabila pengguna media sosial turut disajikan dengan video tular aksi peniaga berkenaan menyebut perkataan 'cirit' sambil menonggek ketika mempromosikan makanan yang dijualnya.

Susulan itu, peniaga terbabit akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan penggunaan perkataan 'cirit' dalam video tular itu adalah atas arahan pihak tertentu.

qaq2

Antara tangkap layar daripada video viral promosi produk jualan yang dianggap keterlaluan.

"Kami menerima segala teguran daripada kalian. Untuk pengetahuan semua, tagline 'berayaq' bermaksud doh kami yang cair. Apabila makan donat, (ia) cair di dalam mulut.

"Selain itu untuk pengetahuan semua, 'cirit' itu bukan tagline daripada kami dan video yang tular baru-baru ini bukanlah idea daripada kami. Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan," kata penjual makanan itu menerusi kenyataannya di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jijiknya marketing macam ni” - Tagline ‘berayaq’ dengan aksi lucah promosi bisnes donat undang kemarahan, MCMC beri respons

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan jijik dengar perbualan di kedai makan! Lelaki, perempuan rancak sembang lucah... Skandal dianggap normal

Tambah peniaga terbabit, dia juga berjanji untuk memperbaiki segala kelemahan yang dibuat pihaknya.

"Kami memohon maaf andai ada yang salah tafsir video kami... ikhlas daripada kami, hanya Allah maha pemberi rezeki.

"Kami memaafkan semua yang komen menghina kami, insya-Allah kami akan perbaiki segala kelemahan," katanya.

Untuk pengetahuan semua, tagline 'berayaq' bermaksud doh kami yang cair... apabila makan donat cair di dalam mulut.

PENGUSAHA DONAT

Selain permohonan maaf, peniaga terbabit turut menukar nama akaun TikTok yang sebelum ini dikenali sebagai 'berayaq' donat susu kepada 'bertanah' donat susu.

mStar sebelum ini melaporkan kebimbangan orang ramai tentang teknik pemasaran yang dibuat peniaga berkenaan kerana dikhuatiri memberi impak negatif khususnya kepada golongan muda.

cr6

Peniaga ini popular dengan aksi dan tagline 'berayaq' bagi mempromosikan donat susu.

Berdasarkan klip video yang tular, peniaga lelaki terbabit dilihat memegang seekor patung beruang dalam posisi menghadap badannya sambil melakukan gerakan seolah-olah sedang berhubungan intim.

Malah dia turut mengungkapkan perkataan dalam dialek utara iaitu 'berayaq, berayaq, jet lagi, jet lagi' sebelum ketawa besar dan disergah individu lain juga dipercayai seorang peniaga.

Bukan itu sahaja, berdasarkan video lain bersama seorang wanita, peniaga terbabit dengan jelas menyebut 'Ermmm cirit... lepaskan, lepaskan' sambil melakukan gerakan menonggeng disusuli hilai tawa.

Aksi bersama wanita terbabit jelas sekali dilihat tidak sopan dan dianggap keterlaluan terutamanya bagi tujuan mempromosikan makanan.

jett

Aksi seorang remaja meniru perbuatan peniaga donat susu turut tular di media sosial.

Tidak terhenti di situ, perbuatan berkenaan juga nampaknya memberi kesan buruk apabila aksi tidak senonohnya kini menjadi ikutan golongan muda.

Ia berdasarkan perkongsian seorang pengguna laman X memaparkan remaja lelaki, dipercayai sedang berniaga buah-buahan termasuk mangga di sebuah pasar meniru aksi menonggek sambil menyebut 'jet lagi...jet lagi'.

Sehubungan itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan pihaknya mengambil maklum tentang akaun dan video berkenaan, justeru akan melaksanakan siasatan secara terperinci.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain