KATA orang, usahlah kita terlalu mencari kesempurnaan sehingga sukar bertemu jodoh. Bagaimanapun, agak sukar untuk merealisasikannya kerana setiap individu pasti mahu mencari pasangan terbaik dan hubungan kekal sehingga akhir hayat. Bagi seorang wanita, dia kini sedang mengenali seorang lelaki bujang dan merupakan anak sulung. Malah katanya, disebabkan memegang status sebagai abang, pemuda itu juga menjadi individu penting dalam keluarganya. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan “Dia ni boleh dikatakan orang penting dalam keluarganya sebab banyak bergantung pada dia, tapi bukan soal duit. “Walaupun dia kerja tidak tetap tapi sangat rajin mencari duit,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Di sebalik keperibadian baik, wanita berkenaan mendedahkan sisi lain pemuda tersebut yang dikatakan sering memendam perasaan terutamanya berkaitan masalah yang dihadapi serta agak degil. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis” ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan terkedu bakal staf jerkah isteri! Terus kantoi jenis ‘biawak hidup’, berang bini gigih tolong carikan kerja Keadaan itu menyebabkan orang sekeliling termasuk dirinya sukar untuk membantu. “Bila ada masalah, dia banyak pendam. Nak minta orang faham masalah dia tapi tak nak beritahu. Orangnya keras kepala juga. “Bila tegur cara dia, dikatanya kita yang salah. Dia je selalu betul. Kadang sakit hati juga, banyak terasa hati,” ujarnya. Kalau boleh tahan, ambil je. Kita pun bukan sempurna mana nak yang perfect. WARGA MAYA Bagaimanapun, dia tidak pula melupakan kebaikan lelaki itu yang sering membantunya selama ini. “Dia tak pernah berkira apa-apa dan banyak lagi kebaikan dia. Masalahnya dia jenis nak ikut kepala dia sahaja. “Kami pernah gaduh besar sebab dia tegur saya mengecas telefon sambil menggunakan telefon tu. Sedangkan saya guna powerbank masa tu dan baru je pegang telefon,” tambahnya. Keadaan itu membuatkan dia buntu sama ada mahu meneruskan hubungan dengan lelaki yang merupakan anak sulung kerana menganggap mempunyai ego yang tinggi. Wanita akui bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan “Lain-lain dia okay. Cuma masalahnya dia pantang kalau orang tegur. Ini kira ego tinggi ke? Saya sayang hubungan ni dan hati kata masih rasa berbaloi untuk tunggu. “Patut ke saya teruskan hubungan ni? Mak ayah kami semua dah kenal,” katanya lagi yang kini dilema untuk menentukan sama ada pemuda itu adalah calon suaminya atau tidak. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya meminta supaya wanita itu tidak terlalu menumpukan kesempurnaan kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahannya. “Tak ada yang sempurna dalam hidup ni. Cuma kau tahan atau tak je. Tapi kalau kau cuba faham perangai dia dan dia pun cuba faham perasaan kau, rasanya okay. Cuma korang kena bincang kalau tak puas hati, jangan pendam. “Hadap orang yang ego dan pantang ditegur ni kuncinya sabar, mengalah, lapang dada dan tebal telinga. Kalau awak tak ada ciri-ciri ni, lebih baik tak payah teruskan. Tapi kan dia ada juga kebaikannya, jadi fikir dulu sebelum melepaskan. “Kalau boleh tahan, ambil je. Kita pun bukan sempurna mana nak yang perfect. Perlahan-lahan faham hati sanubari,” demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube