suria

Mana adab, common sense? Anak orang baru meninggal dunia, wanita sibuk kirim mesej minta baju

Tular mesej yang dikirim oleh seorang wanita yang meminta baju bayi yang baru meninggal dunia.

MANA-mana ibu bapa yang kematian anak semestinya tidak mampu mengungkap betapa beratnya menanggung rasa sedih dan rindu.

Apatah lagi bagi mereka yang kehilangan anak kecil lantaran belum puas bermanja dan mencurahkan kasih sayang.

Pada ketika ini, ucapan takziah, kata-kata semangat serta doa daripada orang sekeliling adalah antara perkara yang sedikit sebanyak mampu mengubati rasa sedih ibu bapa berkenaan.

Namun ada juga segelintir insan yang kurang empati atau 'common sense' di kala orang lain masih berkabung dan bersedih, sebagaimana perkongsian seorang pelayar laman Twitter.

baju 3

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan kerana tidak menghormati perasaan ibu bapa si mati.

Menerusi perkongsian tersebut, pelayar berkenaan memuat naik sekeping gambar tangkap layar (screenshot) yang memaparkan mesej daripada seorang individu yang ternyata kurang beradab.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anak meninggal dalam perut selepas mimpi aneh, wanita tak kongsi berita kehamilan ke-3 di media sosial setelah jumpa ustaz

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun ziarah kubur 2 anak setiap hari, pasangan warga emas beri jawapan pilu ditanya ‘kenapa tak doa dari rumah?’

"Salam takziah awak. Semoga anak awak tenang dan bersama orang-orang yang beriman, Amin.

"Awak kalau ada baju anak awak yang awak nak buang, boleh bagi saya ya. Saya akan bersalin bulan Februari tahun 2023 nanti. Terima kasih awak," demikian mesej yang dipercayai dihantar menerusi Direct Message (DM) milik seorang individu di Instagram.

Perkongsian tersebut meraih lebih 3,800 ulang kicau selain dibanjiri dengan reaksi netizen yang pelbagai.

Lama lagi tu nak bersalin dah sibuk minta sana sini, usahalah sendiri.

NETIZEN

Namun rata-ratanya mengecam penghantar mesej berkenaan kerana disifatkan kurang beradab serta tidak mempunyai 'common sense' lantaran tidak menghormati perasaan ibu bapa si mati.

"Aku anak meninggal sembilan bulan, bulan lepas. Dua minggu pantang, orang mesej macam inilah minta baju anak aku. Allahuakbar hilang anak ni perit weh. Bukan sehari dua nak hilang rasa sakit tu.

"Lama lagi tu nak bersalin dah sibuk minta sana sini, usahalah sendiri.

baju 2

Antara komen netizen lain yang menyifatkan wanita berkenaan tidak mempunyai 'common sense'.

"Cara minta tu bagus sopan santun, cuma tidak kena pada waktu.

"Di sinilah kita belajar hal adab. Kena pandai baca emosi seseorang di sesuatu situasi," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain