suria

Wanita Amerika beria-ia puji makanan Malaysia, rindu sampai susah nak hidup... Tapi netizen sangka buruk kata sekadar ‘content’

Wanita ini memuji Malaysia kerana kelazatan makanannya.

SEBAGAI rakyat bagi sebuah negara yang berdaulat, perasaan bangga pastinya menerpa setiap kali tanah air sendiri menjadi tumpuan pelancong luar.

Lebih-lebih lagi apabila budaya dan makanan tradisi negara dipuji oleh pengunjung dari segenap pelusuk dunia.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita warganegara Amerika Syarikat berkata kelazatan sajian di Malaysia tiada tandingan dengan negara lain yang pernah dilawatinya.

Perkongsian oleh Lilith di TikTok.

Menurut wanita itu lagi, dia bukanlah seseorang yang memilih ketika menjamu selera, namun kunjungannya ke Malaysia mengubah segalanya.

"Malaysia, awak dah merosakkan cita rasa saya. Ini adalah satu masalah.

"Sekarang saya di Bahamas, dan saya tidak dapat berhenti membandingkan makanan di sini atau tempat lain yang saya pernah pergi seperti Thailand, dengan makanan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali cuba air tuak, mat salih lawat Kelantan komen rasanya pelik... anggap RM7 sebotol mahal!

ARTIKEL BERKAITAN: Dahsyat penangannya! Mat salih kutuk nasi lemak dalam pesawat British Airways akhirnya buat U-turn - “Kamu betul, ia sedap”

"Saya akan rasa macam, okay makanan ni sedap, tapi lebih sedap apa yang ada di Malaysia. Macam mana saya nak hidup dengan keadaan sebegini?" kata wanita itu.

Sebagai makluman, difahamkan wanita itu sering datang ke Malaysia untuk jangka masa tertentu.

"Kalau suatu hari nanti saya terpaksa tinggalkan Malaysia buat selama-lamanya, saya akan merindui Malaysia sangat-sangat.

Aku dapat rasakan ini adalah satu bentuk content untuk meraih views.

WARGA MAYA

"Saya hanya mahukan makanan Malaysia dan saya tak boleh hidup tanpanya. Perut saya akan bersedih jika tak ada makanan Malaysia.

"Fikir-fikirkanlah Malaysia, apa yang awak dah lakukan kepada saya," kata L wanita menamatkan videonya.

Namun, kata-kata wanita itu sepertinya disalah tafsir, apabila rata-rata netizen Malaysia di Twitter menyelarnya kerana pujiannya dikatakan sebagai ada udang di sebalik batu.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Aku dapat rasakan ini adalah satu bentuk content untuk meraih views. Senang je orang Malaysia ni, mat salih bagi pujian pasal makanan, terus melambung naik dia punya populariti di media sosial.

"Kata rindu sangat makanan Malaysia tu, tapi satu juadah pun tak sebut. Kalau dia kata rindu nasi lemak atau roti canai ke, boleh la percaya lagi. Ini macam kata-kata kosong.

"Aku boleh tahu dia 'sembang' apabila dia kata makanan Malaysia lebih sedap dari Thailand, dia tak tahu ke kita orang Malaysia pun pergi food hunting di Siam. Mana logiknya di situ?

"Tunggu dia pandai cakap Bahasa Melayu nanti, terus jadi pempengaruh (influencer) paling famous dekat Malaysia ni," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain