suria

Lelaki gelisah disangka nak rompak kedai! Selepas curi dengar perbualannya dengan cashier, wanita terus masuk kereta menangis

Individu tidak dikenali mengekori seorang wanita dan dia disangka perompak. -Gambar Hiasan

BAYANGKAN setiap pergerakan kita diekori individu tidak dikenali, pasti menakutkan bukan?

Bermacam andaian negatif bermain dalam fikiran tatkala dihampiri individu seperti itu, bimbang dia mempunyai niat tidak baik yang boleh mengancam keselamatan diri.

Begitulah situasi dialami Lini Mohd apabila dia terserempak dengan seorang lelaki berbasikal dalam keadaan mencurigakan ketika mahu membeli pasir kucing di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

Lelaki yang didakwa mengekori Lini.

Menceritakan kejadian itu di Facebook, Lini berkata lelaki terbabit seolah-olah cuba mendekatinya sebaik tiba di kedai berkenaan sehingga mengesyaki dia mahu merompak.

"Aku ke 99 Speedmart nak beli pasir kucing. Masa aku keluar kereta aku terserempak dengan lelaki ini. Resah aku tengok. Eh dia ni rapat sangat dengan aku dengan basikal dia apa hal? Macam nak rompak aku je. Berkata hati jahat aku padahal dia cuma nak lalu je.

"Aku pun gerak terus masuk Speedmart. Lepas tanya pekerja Speedmart mana pasir yang aku nak, aku terus ke lorong belakang. Masa dalam perjalanan ke belakang aku nampak lelaki tadi ada depan juruwang.

"Dok tengok kiri kanan. Sudah! Mamat ni apa ni. Nak rompak ke. Aku cuak habis," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Axia tak dikenali ‘block’ pagar rumah, rupanya ‘kerja’ anak sendiri... buat kejutan sampai mak ayah menangis

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang gelagat lelaki tak dikenali dalam tren, wanita ini beranikan diri 'sound' suspek! - "Saya pakai t-shirt, seluar panjang... bukan seksi pun"

Bercerita lanjut, Lini berkata dia kemudian cuba mengalihkan perhatian daripada lelaki itu dengan memilih barangan di kedai berkenaan, sebelum mendengar perbualannya bersama juruwang dalam nada perlahan.

Walaupun perlahan, butir bicaranya sangat jelas kedengaran selain dia juga ternampak lelaki terbabit memegang kad Mesin Juruwang Automatik (ATM).

“Dik, abang nak tanya, abang nak beli mi segera dengan beras, kalau kata duit abang dalam kad ni tak cukup, boleh tak adik batalkan salah satu," ujarnya memetik kata-kata lelaki berkenaan.

Ya Allah orang yang aku sangka macam perompak rupanya tengah struggle.

LINI

Mendengar kata-kata tersebut, Lini mengakui kesal kerana cepat menilai dan sudah berfikiran negatif terhadap lelaki berkenaan.

"Berderau darah aku! Koyak pecah teruk hati aku bila dengar. Ya Allah orang yang aku sangka macam perompak rupanya tengah struggle (bergelut)," tambahnya.

Sayu dengan nasib lelaki terbabit, Lini membayar semua barangan yang diambil lelaki berkenaan iaitu mi segera dan beras 5 kilogram, malah turut menawarkan barangan lain sekiranya dia mahu.

Antara komen netizen.

"Masa tu aku tak berani tenung muka dia sebab aku bersalah nak mati. Cuma sejeling aku nampak mata dia berkaca. Mungkin terharu.

"Masuk kereta. Menitis air mata. Bersalah ya Allah betapa tak husnuzon je aku tadi," katanya.

WhatsApp Image 2023-05-18 at 15.14.48

Komen netizen atas tindakan Lini.

Di ruangan komen perkongsian itu, rata-rata warganet mendoakan kedua-dua mereka dimurahkan rezeki selain memberi nasihat supaya bersangka-baik dan menyiasat sebelum menilai.

"Alhamdulillah dan syabas kak...yakin la, jika kita mampu, kita berkongsi dan jaga rezeki orang, Allah akan beri dan jaga rezeki kita.

"Ada perasaan curiga tak salah dan memang diperlukan. Tapi pada masa sama kau kena ada sikap untuk menyiasat perkara sebenar sebelum jatuh hukum. Baru adil.

"Terbaik kak, semoga lebih ramai umat Islam saling membantu sesama kita. Semoga Allah merahmati kalian," ujar beberapa warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain