suria

Gadis Melayu secantik Barbie punyai ramai pengikut, sayangnya dia tak wujud! Sekali pandang nampak manis, tengok kali kedua ‘macam sesuatu sangat’

Wajah Rasyiqah (kiri) yang didakwa disunting daripada gambar asal (kanan).

BERBEKALKAN wajah yang cantik, seorang individu dikenali sebagai Rasyiqah Anderson berjaya meraih puluhan ribu pengikut di media sosial.

Namun, kewujudan gadis itu yang mendakwa dirinya sebagai model mula diragui segelintir netizen yang mana dia dikatakan hanyalah karakter fantasi ciptaan seorang individu.

"Ada satu Twitfamous ni, gambar dia semua macam 'sesuatu' sangat. Even video dia pun. Entahlah, rasa curious sangat pasal dia. Siapa dia ni? Betul ke dia wujud? Kenapa tengok muka dia rasa pelik?

rasyaiqha5

Gadis ini didakwa hanyalah karakter fantasi dan tidak wujud.

"Okay saya nak jelaskan benda ni sebab ada yang salah faham. Si Rasyiqah ni dia tepek (tampal) muka entah siapa-siapa dekat gambar orang (badan) yang berlainan.

"So muka orang lain, badan orang lain. Muka ala Pakistan tu pun tak tahulah wujud ke tak" ciap @ciraplaici menerusi Twitter, Rabu.

Menurut seorang lagi individu, Rasyiqah bukan sahaja melakukan penyamaran di Twitter, malah turut melakukannya di laman sosial yang lain.

So muka orang lain, badan orang lain. Muka ala Pakistan tu pun tak tahulah wujud ke tak.

PELAYAR TWITTER

"Hari tu kat Twitter dah kantoi. Lepas tu dia stop. Then dia sambung modus operandi kat TikTok. Lepas tu kantoi juga sebab edit muka kat video orang lain.

"Owner video model Indonesia. And muka tu pun tak tahu memang muka dia or dia 'rembat' juga," ciap @rikitekafukari pula.

Pelayar Twitter turut memuat naik beberapa bukti, memaparkan foto individu lain yang disunting dengan wajah Rasyiqah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengkid viral guna gelaran Tengku? Bekas kekasih dah siap beli hantaran, tak jadi kahwin selepas kantoi jantina sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Penyamar guna nama Faizal Hussein di TikTok, perdaya wanita sampai berani ajak kahwin

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi, Rasyiqah memiliki 24,000 pengikut Twitter manakala akaun Instagram miliknya mempunyai 48,000 pengikut.

Bagaimanapun, semakan mStar pada Rabu mendapati kedua-dua akaun tersebut telah lesap, dipercayai dinyah aktif oleh pemiliknya.

Dakwa sebilangan netizen, mereka sememangnya tahu Rasyiqah tidak wujud kerana beranggapan wajahnya terlalu pelik dan kelihatan seperti disunting.

rasyahq4

Rasyiqah memiliki puluhan ribu pengikut media sosial.

"Dulu dia guna nama Yasmin, and Yasmin tu memang wujud, instafamous dari United Kingdom ke Amerika Syarikat tak sure, dia ambil muka si Yasmin ni and jadikan versi Melayu hijabi dan claim tu dia. Saya lupa pula nama Instagram Yasmin real ni. Tapi untill now dia guna muka si Yasmin tapi tukar nama jadi Rasyiqah pula.

"Sama ada tu memang muka dia, dia edit and guna badan orang lain atau tu bukan muka dia and guna muka orang lain, badan pun orang lain.

"Tak silap kat TikTok dulu pernah kantoi dia fake, lepas tu tahun ni baru nampak kewujudan dia di Twitter hahaha.

rasyiahq5

Wikipedia mengenai Rasyiqah turut diwujudkan namun telah dipadam.

"Pernah nampak dia kat TikTok. Dia cakap mak dia Melayu, ayah dia Dutch," tulis beberapa netizen.

Lebih melucukan, ada individu yang turut menulis Wikipedia mengenai Rasyiqah selepas membongkar kegiatan penyamarannya.

Namun, semakan mStar mendapati Wikipedia mengenai Rasyiqah baru sahaja dipadamkan dalam tempoh 24 jam lepas dan tidak lagi boleh diakses oleh orang awam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain