suria

Tujuh kali tukar ‘maid’, nombor 8 baru serasi... Momen anak-anak berlari peluk bibik buat ramai sebak, boleh agak orang baik

Pertemuan dengan Bibik Seri di Bali selepas empat tahun berpisah.

PERTEMUAN penuh bermakna antara sebuah keluarga dengan bekas pembantu rumah mereka di luar negara baru-baru ini berlaku tanpa dirancang.

Siapa sangka percutian ke Bali, Indonesia menjadi lokasi pertemuan yang begitu menyentuh hati bagaikan 'jejak kasih'.

Manakan tidak, bekas pembantu rumah yang pulang ke kampung halamannya di negara republik itu empat tahun lalu dijemput khas ke pulau percutian yang sangat popular itu demi mengubat kerinduan.

Berkongsi cerita kepada mStar, Hafizi Zain berkata, bekas pembantu rumah yang dikenali sebagai Bibik Seri itu berkhidmat dengan keluarganya selama lima tahun sejak 2015.

Namun katanya, Bibik Seri terpaksa pulang ke kampung halaman di Lombok bagi menjaga bapanya yang sakit pada 2019..

"Empat tahun bibik balik kampung. Selepas ayahnya meninggal dunia, tertangguh pula disebabkan pandemik Covid-19.

jumpa bibik 1

Hafizi (kiri) bercuti bersama keluarga di Bali.

"Apabila pintu sempadan negara dibuka semula, kami cuba pujuk dia untuk kembali bekerja tapi belum ada keputusan," katanya kepada mStar.

Mengenai pertemuan penuh emosi itu, Hafizi yang berusia 37 tahun memberitahu semuanya bermula apabila dia memeriksa peta negara Indonesia sewaktu berada Bali, akhir Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sampai hati bibik tipu kami" - Status WhatsApp macam orang putus cinta, kasih anak dan 'maid' kembali bertaut

ARTIKEL BERKAITAN: Layan 'maid' macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC... Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000!

"Saya baru perasan kedudukan Lombok sebelah Bali je. Saya bertanya dengan supir (pemandu), dia jawab kalau naik feri ambil masa lima jam, atau sejam setengah dengan menaiki bot laju.

"Masa tu terus terdetik untuk buat video call dengan bibik. Dia ajak kami sekeluarga ke Lombok, tapi kami sudah menempah segala hotel dan lain-lain, jadi kami ajak dia datang ke Bali.

"Saya hantar duit untuk dia datang dengan bot laju dan kami tanggung segala pengangkutan, penginapan dan makan minum dia di Bali," ujarnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

jumpa bibik 2

Bibik Seri bersama salah seorang anak Hafizi.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, kedatangan bekas pembantu rumahnya yang kini berusia 46 tahun sememangnya dialu-alukan oleh isteri dan anak-anak.

"Masa nak berpisah empat tahun lalu pun mereka terutama anak-anak meraung, dapat jumpa memang gembira. Tapi tetap meraung sebab masing-masing rindu bertahun-tahun tak jumpa.

Sebelum Bibik Seri, saya ada pengalaman tak best dengan tujuh bibik dalam tempoh dua tahun.

HAFIZI ZAIN

"Walaupun selama ini masih berhubung menerusi call dan mesej, tetap tak sama apabila berdepan. Patutnya kami plan jalan-jalan macam ke safari ikut permintaan anak-anak, tapi mereka sanggup duduk kat hotel je habiskan masa dengan bibik.

"Sepanjang berkhidmat, kerja Bibik Seri okay dan dia rajin. Dia bukan sahaja disenangi kami, malah ibu saya sendiri dan ibu mentua pun gembira dengan dia," ujarnya lagi.

jumpa bibik 3

Kenangan... Hafizi (kiri) sekeluarga bersama Bibik Seri (kanan) dan anak perempuannya (dua, kanan) di Bali.

Dalam pada itu, Hafizi yang mengusahakan bisnes trading barang dari China mendedahkan bahawa Bibik Seri yang merupakan ibu tunggal merupakan pembantu rumah mereka yang kelapan.

"Sebelum Bibik Seri, saya ada pengalaman tak best dengan tujuh bibik dalam tempoh dua tahun. Ada macam-macam hal dan buat kerja tak bagus, siap ada yang balik ke kampung sebab homesick.

"Selepas Bibik Seri balik kampung, kami tak ambil bibik baharu sebab dah serik. Saya dan isteri rela buat kerja rumah sendiri daripada pening kepala hadap bibik bermasalah kecuali Bibik Seri.

"Bertahun-tahun kami pujuk Bibik Seri. Alhamdulillah, dalam pertemuan kami di Bali, dia bersetuju untuk bekerja dengan kami semula... insyaAllah selepas Hari Raya nanti," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain