suria

Tak melenting terima burger tak cukup, lelaki ini terjah kaunter restoran... Rezeki orang penyabar, siap dapat air percuma!

Azlan tetap sabar meskipun terpaksa datang semula ke restoran untuk mengambil sebiji burger.

SABAR itu sebahagian daripada iman.

Begitulah kisahnya mengenai seorang pemuda yang dipuji netizen apabila dia tetap 'cool' meskipun makanan yang ditempah gagal disiapkan dengan sempurna.

Menerusi video tular, Azlan Azizi Sobry atau Abe Lando mendedahkan salah satu item yang dibeli daripada restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak diberikan kepadanya.

"Tadi aku ada beli burger KFC. Wife aku order burger ni, set ni dia order.

sabar3

Sikap terpuji Azlan turut menjadi inspirasi kepada pelayar TikTok yang menonton video itu.

"Petang tadi apabila kita buka plastik tu, baru perasan rupanya satu burger tak lekat (tidak diberi). Zinger burger tak masuk.

"Jangan marah-marah. Relaks saja. Biasalah manusia. Manusia mesti ada buat silap. Kita semua manusia, kita semua pelupa. Jom kita pergi ambil burger tu. Kita minta kat depa (mereka)," ujarnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azlan turut menunjukkan resit pembelian sebelum dia bergerak masuk ke dalam premis restoran berkenaan.

Kita cakap elok-elok dengan, depa (mereka) pun baik dengan kita... (situasi) orang terlupa tu perkara biasa.

AZLAN AZIZI SOBRY

Ketika tiba di kaunter, Azlan dalam nada sopan memaklumkan tentang ketiada item itu kepada salah seorang staf wanita yang bertugas.

"Tadi kita ada order. Ada satu ni depa tak masuk. Zinger burger tak ada dalam plastik," ujar Azlan yang membuat rakaman video sepanjang proses itu.

Staf itu kemudiannya masuk ke dapur untuk mengambil burger yang dibeli isteri Azlan dan turut memberikan secawan air percuma sebagai tanda meminta maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan tunjuk pandai, maki hamun barista dapat Americano panas cawan kecil... Mujur gadis ini ‘cool’ walau kena jerkah!

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai makan tak laku, seorang pelanggan pun tiada... Hasrat wanita minta edit gambar macam gerai viral sentuh hati netizen

Pada penghujung video, Azlan turut berpesan kepada orang ramai agar tidak melenting sekiranya berdepan kejadian sama, sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan rezeki sahaja.

"Kita cakap elok-elok dengan depa, depa pun baik dengan kita. Benda (situasi) orang terlupa tu perkara biasa.

"Kalau kita dah jauh, tak boleh datang ambil, anggap tu bukan rezeki kita. Tapi kalau kita boleh datang ambil, maknanya tu masih lagi rezeki kita.

sabar2

Azlan pergi semula ke restoran itu untuk mengambil burger yang dipesan isterinya.

"Jangan marah-marah, jangan stres, relaks saja. Okey dapat dah burger ni. Terbaik. Assalamualaikum," ujarnya ketika berjalan keluar dari premis berkenaan.

Video yang meraih lebih 281,000 tontonan itu turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan keperibadian Azlan.

"Dunia kita perlukan ramai lagi manusia yang baik macam saudara.

"Mantap bang. Sejuk hati tengok content macam ni. Tahniah bang, spread love di TikTok.

"Kalau semua manusia sikap macam abang ni, mesti dunia akan aman damai," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain