suria

Jumpa pelajar jadi rider di restoran, guru hulur duit poket tapi ditolak! Berlaku sesuatu tak disangka selepas habis makan

Seorang guru berkongsi kisah mengenai pelajarnya mencari rezeki sebagai penghantar makanan. -gambar hiasan

BEKERJA bukan sekadar mahu mencari duit, tapi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Dunia hari ini menyaksikan pelajar juga bijak menguruskan kewangan walaupun usia masih muda, justeru tidak hairanlah ramai antara mereka yang bekerja.

Antara pekerjaan popular dan menjadi pilihan ramai adalah penghantar makanan.

Penghantar makanan antara pekerjaan popular dan menjadi pilihan ramai.

Seorang guru di sebuah sekolah berasrama, Mohamad Yusof Sulehin berkongsi pengalamannya bertemu dengan pelajarnya yang mencari duit poket dengan menjadi penghantar makanan.

"Tadi saya makan kat sebuah kedai. Sampai je kat dalam tu saya jumpa anak murid saya tengah makan. Habis makan dia jumpa saya salam cium tangan.

"Sembang dia beritahu kerja bawa Grab sekarang, Alhamdulillah rezeki tak pernah putus dia kata. Cukup makan pakai sekeluarga," tulisnya di Facebook Muhammad Yusof.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru belajar sesuatu selepas kena 'tazkirah' dengan murid sebab berlengah bantu kucing! Pagi 'terbang' RM120, malam dapat RM1,200

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 5 pagi cikgu nampak bilik 'prep' asrama menyala, ada seorang pelajar... MasyaAllah rupanya tengah 'me time' baca al-Quran

Guru yang berkhidmat di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada penghantar makanan itu masih belajar atau telah menamatkan pengajian.

Menurut Mohamad Yusof, dalam pertemuan itu, dia menghulurkan sejumlah wang kepada pelajar berkenaan sebagai tanda belas ihsan.

Dia mungkin tak 'kaya' harta tapi dia 'kaya' budi bahasa dan 'kaya' budi pekerti.

MOHAMAD YUSOF SULEHIN

Namun, anak muda itu menunjukkan reaksi yang tidak disangka-sangka.

"Saya hulur duit sikit kat dia, dia kata tak apa cikgu. Dia suruh saya doakan dia. Habis saya makan, masa nak bayar cashier bagitau, Bang, budak Grab tadi dah bayarkan.

"Allahuakbar, mungkin ini antara asbab rezeki budak tadi tak pernah putus. Dia mungkin tak kaya harta tapi dia 'kaya' budi bahasa dan 'kaya' budi pekerti.

"Moga Allah murahkan rezeki anak murid saya ni dunia akhirat," tulisnya di Facebook.

rider belanja cikgu 1

Perkongsan Mohamad Yusof di Facebook.

Untuk rekod, Mohamad Yusof merupakan penerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021.

Menerusi ruangan komen, rata-rata berasa kagum dengan semangat dan keperibadian penghantar makanan itu.

"Ini contoh 'anak yang baik lagi cerdik'.

"Murid yang baik hasil didikan guru yang baik.

"Alhamdulillah, anak yang terbias dengan akhlak yang baik dari persekitaran didikan dan pemerhatian kalangan guru, rakan dan keluarga yang baik-baik," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain