suria

Wanita Sabah ini dilahirkan Islam, tapi surat beranak tulis Kristian! Netizen tak terkejut, ramai mengadu banyak kes dokumen salah info

Farhana berkongsi kisah status agama pada sijil kelahirannya.

JIKA sebelum ini tular kisah seorang warga emas yang hanya mengetahui nama sebenarnya selepas 61 tahun kerana terjumpa sijil kelahiran, terbaharu kisah yang hampir sama dialami oleh seorang wanita ini.

Bagaimanapun dalam kes wanita bernama Nur Farhana Rhenee, bukan namanya yang tersilap ditulis sebaliknya status agama.

Berkongsi kisahnya di akaun TikTok @farhana_calleja, wanita yang berasal dari Sabah itu tidak menyangka selama ini dia didaftarkan sebagai seorang penganut agama Kristian walaupun dilahirkan serta dibesarkan sebagai muslim.

Menurut Farhana, hal itu terjadi kerana sijil kelahiran lamanya tidak tertera status agama.

Dia hanya menyedari perkara tersebut selepas menukar sijil kelahiran yang baharu pada usia 27 tahun!

kristian 2

Perbezaan sijil kelahiran lama dan baru milik Farhana.

"Surat beranak lama detail, jadi mereka di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) suruh buat semula. Sebab itu saya dapat yang berwarna hijau dan saiz lebih besar," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 61 tahun baru Hadiah dapat kejutan! Tahu nama sebenar masa cari wang RM100,000 tinggalan arwah datuk

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak boleh bin bapa kandung, JPN suruh pilih 99 nama Allah... Wanita ini kongsi pengalaman urus keluarga tanpa suami

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kekeliruan berkenaan, Farhana berkata ibunya merupakan seorang Kristian sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan bapanya.

"Ayah saya seorang Islam, ibu saya yang mualaf. Tapi ketika mereka kahwin, ibu saya sudah memeluk Islam... maksudnya mereka berdua Islam ketika berkahwin sebab negara kita tak boleh kahwin campur (berlainan agama).

"Tapi surat beranak ibu saya tertulis Kristian... surat beranak memang tak boleh diubah... kad pengenalan boleh. Disebabkan itu, mereka ikut agama saya seperti agama ibu di dalam surat beranaknya.

Surat beranak lama memang ada masalah, macam saya... banyak maklumat tidak diketahui.

NETIZEN

"Mungkin terlepas pandang atau hal lain, sebab itu mereka minta berurusan di JPN Sabah semula," terangnya.

Farhana juga mengakui dia turut terlepas pandang kerana tidak menyedari status agama yang sepatutnya ada di kad pengenalan.

"Agama saya memang Islam, saya tak tukar agama. Cuma dalam sijil lahir itu saja tersalah. Saya masih Islam lagi," katanya.

Sehingga kini perkongsian Farhana meraih lebih daripada 1.1 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen pula, ada yang turut berkongsi pengalaman serupa dengan wanita berkenaan.

komen kristian

Antara komen netizen yang pernah mengalami pengalaman sama.

"Sama kes anak buah saya. Orang Bajau tapi dalam sijil lahir tulis Dusun. Sudah rujuk JPN.

"Rileks, bukan akak je kena. Saya haritu pergi JPN nak buat kad pengenalan tiba-tiba dekat surat beranak tulis bukan warganegara.

"Macam adik saya, tiba-tiba Islam padahal ibu bapa memang Kristian tulen. JPN salah taip. Terpaksa ayah saya urus cepat-cepat, nasib dapat (betulkan).

"Surat beranak lama memang ada masalah, macam saya, banyak maklumat tidak diketahui," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain