suria

Pensyarah beri amanat penting sebelum pelajar mula semester... jangan stres tengok kawan pandai, paling lega ‘boleh couple’

Pensyarah ini menyampaikan pesanan pemting kepada pelajarnya ketika permulaan semester.

MENJEJAKKAN kaki ke pusat pengajian tinggi merupakan peluang untuk menimba pengalaman bagi mematangkan dan mendewasakan diri.

Ilmu boleh diperolehi daripada seorang pensyarah, tetapi pengajaran tentang asam garam kehidupan perlu dilalui sendiri oleh pelajar kerana ia tidak boleh dibeli di mana-mana.

Begitulah kisah pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ini yang menerima kata-kata hikmat daripada pensyarah mereka yang dilihat sangat prihatin dan lembut dalam pertuturannya.

Pesanan oleh pensyarah ini dimuat naik di TikTok.

Melalui satu video tular di TikTok, pensyarah tersebut yang dikenali sebagai Nurul Hakimi mengingatkan pelajarnya yang meyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) untuk tidak meninggalkan solat.

"Ada tiga benda yang saya nak remind, pertama sekali ialah jangan tinggal solat. Jahat macam mana sekali pun jangan tinggal solat. Sibuk la macam mana pun sebab main futsal ke apa jangan tinggal solat.

"Yang kedua, apa benda sekali pun yang kamu nak buat, ingat mak ayah dan ingat family dulu. Awak masuk sini pun bukan sebab awak pandai tapi sebab doa dari diaorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel mengajar di kelas, anggun peraga baju atas pentas! Pensyarah buktikan badan berisi pun boleh ‘masyuk’

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah sempoi jadi individu ‘terpaling ikut tema’ majlis makan malam! Berbaloi perah otak, hadiah balik modal

"Nombor tiga jangan compare diri dengan orang lain, biarlah dia pandai, mungkin rezeki dia dekat situ, tapi kita usahalah," ujar Hakimi yang dikatakan akan sentiasa memberikan nasihat sebegini kepada pelajar baharunya.

Hakimi juga memberitahu pelajarnya untuk berlapang dada jika apa yang dihajati tidak dapat dicapai.

"Satu lagi tak semua benda yang kita minta akan dapat, sejujurnya saya pun buka student yang pandai. Degree (ijazah) saya Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 je.

Seronok kan pensyarah sembang-sembang macam ni, dekat dengan hati student.

NETIZEN

"Tapi rezeki saya ada dekat master dan kelulusan doktor falsafah (PhD), nampak tak, saya mungkin tak dapat untuk degree tapi saya dapat untuk master dan PhD.

"Masuk PhD bukan maksudnya orang dah pandai tapi ia ialah learning process, untuk teruskan belajar juga. Dah ada PhD tak bermaksud semua benda saya tahu. Bila saya belajar baru saya tahu.

"Jangan fikir semua benda kita tahu, tak semua benda kita tahu, jadi just enjoy your study," kata Hakimi kepada pelajarnya yang dipercayai sedang memulakan pengajian di peringkat PhD.

Hakimi juga sempat menyelitkan nasihat kepada pelajarnya untuk memberikan kerjasama penuh sekiranya melibatkan tugasan berkumpulan.

"Jangan jadi ahli lelap dalam group assignment. Lagi satu, kalau nak couple tu, couple la. Tapi satu je saya nak cakap, jangan letak harapan yang tinggi pada manusia.

Sebahagian komen warga maya.

"Manusia itu hati dia berubah-ubah. Kalau awak minta semua benda dekat manusia, nanti belum apa-apa awak yang kecewa.

"Jadi just enjoy je, boleh couple cuma jangan letak pengharapan yang terlampau tinggi kepada manusia," kata Hakimi mengakhiri bicaranya.

Menjengah ke ruangan komen, sebahagian warga maya mengaku mengenali Hakimi dan mengangkatnya sebagai pensyarah yang sangat mesra pelajar.

"Dr Nuzul Hakimi always the best.

"Seronok kan pensyarah sembang-sembang macam ni, dekat dengan hati student.

"Beginilah kata-kata orang yang dah matang, bila kita dah sampai umur 30 lebih, betul apa yang lecturer ni cakap, semua betul," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain