suria

Licik ’taktik 5 tan’, wanita nak pindah rumah sanggup keluarkan semula barang dari lori sewa! Semak reviu ramai dah terkena

Arissa berkongsi pengalaman buruk ketika berurusan dengan sebuah syarikat perkhidmatan lori. Gambar kanan sekadar hiasan.

PADA zaman ini, segala perkhidmatan yang dikehendaki hanya berada di hujung jari.

Bagaimanapun di sebalik kewujudan individu atau syarikat penyedia perkhidmatan yang 'bersepah' dan mudah didapati di media sosial, pengguna disarankan agar berhati-hati kerana dikhuatiri menjadi mangsa penipuan.

Sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita, dia mendakwa menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat perkhidmatan pemindahan barang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, wanita yang dikenali sebagai Arissa Chua itu pada mulanya menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu kerana mahu berpindah.

"Ingatkan ini ialah sebuah syarikat yang dipercayai, sebab dapat nombor mereka pun daripada Facebook Ads, dan laman web mereka meyakinkan," kongsinya.

Dakwa wanita tersebut, dia meminta perkhidmatan lori satu tan dan berdasarkan sebut harga (quotation) yang diberikan oleh syarikat berkenaan, jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM250.

lorry 1 baru

Perkongsian Arissa di Facebook.

Menurutnya, jumlah berkenaan termasuk lori dengan dua pembantu, serta jarak lokasi.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati lori yang dihantar ke rumahnya pada hari kejadian merupakan lori berkapasiti lima tan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konon kereta rosak, ramai simpati lihat warga asing OKU! Ahli keluarga dedah dulu buka kafe, terkejut kini kerja scam orang

ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

"Saya hairan mengapa mereka datang dengan lori berlainan saiz, tetapi pemandu memberitahu saya selepas ini mereka ada kerja lain lagi yang nak dibuat dengan menggunakan lori lima tan, jadi macam sekali jalanlah.

"Jadi saya hanya teruskan tanpa banyak bertanya," tulisnya.

Namun begitu, 'drama' mula terjadi selepas pekerja pemindahan yang mengangkut barang miliknya memberitahu bahawa ruang simpanan untuk kapasiti barang satu tan sudah penuh.

Tambah wanita itu, dia tidak mempunyai banyak perabot dan barangan yang mahu dipindahkan dengan lori adalah sebuah mesin basuh 9.5 kilogram, cermin setinggi enam kaki, satu meja bar dengan dua kerusi, sebuah tilam bersaiz King dan beberapa barang kecil yang dibungkus dalam kotak.

Admin dia pun jenis berlagak and rude. Akhirnya selepas gaduh punya gaduh, dia setuju untuk keluarkan semua barang milik saya dan beredar macam itu sahaja.

ARISSA CHUA

"Saya terkejut, sebab apa yang saya ingat sebelum ini satu tan boleh muat barang lagi tau. Kemudian selepas kami berbincang, pemandu suruh saya 'upgrade'.

"Saya pun bersetujulah, sebab saya nak pindah, dah beritahu management dan saya tak ada masa nak cari lori lain. Kemudian saya tanya dia berapa kos untuk dua tan? Dia cakap 'double la!' dengan berlagaknya. Ini bermaksud ia menjadi RM500.

"Saya pun redalah waktu itu. Tiba-tiba dah bawa turun semua barang, dia cakap lagi dua tan dah penuh. Tak muat. Nak kena upgrade lagi. Saya dah macam... kau biar betik?

"Waktu itu saya dah tak boleh nak sabar, saya beritahu dia awak tak boleh buat macam ini. Macam mana nak tahu ruang untuk satu atau dua tan tu dah penuh kalau dah kau bawa lori sampai lima tan, lepas tu kau bising cakap dah full?" kongsinya lagi.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan situasi yang berlaku, wanita tersebut berkata berlaku pertengkaran kecil di hadapan rumahnya sehingga dia kemudian mengambil pendekatan untuk membuat aduan kepada pentadbiran syarikat berkenaan.

komen lorry

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Admin dia pun jenis berlagak and rude. Akhirnya selepas gaduh punya gaduh, dia setuju untuk keluarkan semua barang milik saya dan beredar macam itu sahaja.

"Memang tak akan rekomen perkhidmatan syarikat ini. Saya dah baca ulasan di Google Review, rupanya ramai nasib macam saya. Ada yang kena sampai RM1,000 ++.

"Maksud saya, jika kamu tak kisah bayar sejumlah itu, teruskan. Tapi bagi saya, saya kisah," kongsinya.

Dalam perkembangan terbaharu, difahamkan syarikat terbabit telah membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan ekoran menerima ugutan dan tuduhan daripada netizen selepas perkongsian tersebut tular.

Dalam satu kenyataan di laman sosial, syarikat berkenaan juga menafikan dakwaan wanita tersebut dan menambah, apa yang dikongsikan tidak benar kerana masih ada barangan yang belum dimasukkan ke dalam lori pada waktu itu.

Bagaimanapun dalam maklum balas wanita tersebut menerusi hantarannya di Facebook, dia memaklumkan dirinya tidak gentar kerana ramai mangsa turut berkongsi pengalaman buruk dengan syarikat yang sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain