suria

Kejadian aneh di surau terjawab, rupanya ‘kerja’ pelajar Cina istimewa! Diam-diam susun kasut guru, rakan tengah solat

Seorang pelajar Cina menyusun kasut ketika rakan-rakan solat di surau.

SIKAP terpuji seorang pelajar Cina mendapat perhatian seorang guru di sebuah sekolah.

Kebaikan yang dilakukan pelajar berkenaan mula disedari pelayar TikTok, Arasyi Zubaidillah ketika dia baru selesai menunaikan solat di surau sekolah itu.

Pada mulanya, lelaki itu berasa pelik apabila melihat kasutnya serta pelajar-pelajar lain yang solat di situ disusun rapi.

"Lepas solat saya keluar surau. Ada benda yang pelik.

"Saya tengok kasut saya dan beberapa pelajar sedang solat disusunkan, siap bukakan tali kasut supaya mudah dipakai.

"Dalam diam saya tengok tiba-tiba ternampak budak Cina. Bagus adik. Walau bukan Islam kamu berbudi. Ni baru keluarga Malaysia. Harap lebih ramai macam kamu," tulis lelaki itu pada video yang dikongsi.

Menerusi kapsyen ditulis oleh guru tersebut, dia menyifatkan pelajar lelaki tersebut sebagai 'tidak berapa sihat'.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang pakai baju lusuh, tapak kasut nak tercabut... Wanita ini tak sanggup tengok, kisah di pondok sekolah buat ramai sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sebak terlihat ‘sisi’ lain pelajarnya ketika bertembung adik, selama ini hanya dianggap penghibur kelas

Bagaimanapun, tujuannya berkongsi video tersebut untuk menunjukkan bahawa walaupun dirinya 'istimewa', dia masih mempunyai budi pekerti baik yang wajar dipuji.

Posting yang dikongsi Arasyi meraih lebih 870,000 tontonan setelah disiarkan dan rata-ratanya turut memuji pelajar tersebut.

Malah, ada juga netizen yang begitu senang melihat kebaikan pelajar berkenaan sehingga meminta dia membuat hantaran baharu berkaitan dirinya.

Permintaan itu ditunaikan oleh Arasyi apabila dia memuat naik satu lagi video menunjukkan lebih terperinci mengenai cara pelajar Cina ini menyusun kasut.

Lebih baik lagi bila dia bukakan tali kasut untuk memudahkan pelajar Melayu Islam pakai nanti.

ARASYI

Dia meminta bantuan beberapa pelajar lain untuk 'berlakon' supaya dia dapat merakamkan momen tersebut.

Menerusi rakaman kedua yang berjaya diambil, pelajar Cina ini dilihat berpura-pura seolah dia mahu memakai kasut ketika menunggu pelajar lain masuk ke surau.

"Nak lihat dia (susun kasut), lepas waktu rehat. Sekarang belum ada yang solat jadi dia akan tunggu pelajar Islam solat.

"Saya suruh pelajar ni buat-buat letak bawah sebab nak tengok pelajar Cina ni. Dia akan perhati saja... pandai juga budak-budak ni berlakon.

Tangkap layar video ketika guri ini 'curi-curi' rakam detik seorang pelajar istimewa susun kasut.

"Jadi dia akan ambil semua kasut dan susunkan. Lebih baik lagi bila dia bukakan tali kasut untuk memudahkan pelajar Melayu Islam pakai nanti," jelasnya pada video kedua.

Tersentuh melihat momen dipaparkan, seorang warganet menawarkan diri untuk belanja pelajar ini makan.

Tetapi, menurut Arasyi, pelajar berkenaan enggan menerima sebarang hadiah atau penghargaan berbentuk makanan atau wang ringgit yang ditawarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain