suria

[V] Mat Kelantan buat ‘perutusan’ khas untuk ex-GF, ucap tahniah dapat berita dah bertunang... “Jaga pasangan tu molek”

Haffiz reda apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan.

MANUSIA hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Biarpun perit dengan apa yang berlaku, Mohamad Haffiz Abdullah, 25, reda apabila bekas kekasihnya memilih untuk bertunang dengan jejaka lain.

Kisah anak jati Kota Bharu, Kelantan itu tular selepas dia membuat video luahan perasan menerusi TikTok hingga meraih lebih 300,000 tontonan.

"Video ini untuk Aina. Sebab saya dapat berita yang menggembirakan bahawa awak dah sah jadi tunang orang. Alhamdulillah saya tak tahu nak ucap dan cakap macam mana.

"Cuma saya mampu cakap tahniah dan ucap syukur Alhamdulillah awak telah jumpa jodoh yang sebenar. Saya harap lepas ni awak akan menjadi seorang yang kuat untuk hadapi ujian-ujian dalam bertunang.

"Saya sentiasa doakan awak semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan, semoga dimurahkan rezeki dan semoga majlis-majlis awak nanti berjalan lancar," ujarnya dalam video itu.

Haffiz terkejut kisahnya tular di TikTok.

Tambahnya, video itu dibuat menerusi TikTok kerana dia tidak mahu berhubung secara terus dengan wanita itu menjelang majlisnya tidak lama lagi.

"Saya tak nak ganggu awak, saya tak nak kacau awak melalui chat atau apa saja. Sebab tu saya buat video ni khas untuk awak. Saya harap video ni FYP (For Your Page) dan awak tengok... awak perlu tengok.

"Orang harap Na akan menjadi seorang wanita terbaik di sisi pilihan Na dan juga saya doa semoga Na kekal ke jannah. InsyaAllah saya sentiasa doakan yang terbaik untuk Na. Benda yang lepas apa yang berlaku antara kita, saya nak minta maaf juga.

"Na jagalah pasangan baik-baik. Dia betul-betul hargai Na, dia betul-betul sayang Na. Nanti nikah jangan lupa jemput ya. Semoga bahagia Na," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mat Kelantan terjun lori PAS alih papan tanda, risau ambulans tak boleh lalu... ramai puji pemuda parti lambang bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Haffiz mendedahkan hubungannya dengan wanita itu berakhir pada 12 November lalu.

Tambahnya lagi, wanita itu selamat bertunang dengan jejaka pilihannya pada 25 Disember dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

"Saya ikhlas. Saya cuma nak sampaikan kata tahniah untuk dia tanpa berhubung dengannya. Nanti kalau pihak lelaki tahu, macam mana? Saya kena jaga hati tunang dia. Saya tak nak mereka ada masalah disebabkan saya.

Kerana awak semua saya mampu kuat menghadapi apa yang terjadi sebelum ini, terima kasih semua.

MOHAMAD HAFFIZ ABDULLAH

"Dia dah sah jadi tunang orang. Kawan dia yang beritahu. Kawan dia yang wish tahniah untuk dia dan up gambar di media sosial," ujarnya yang bercinta selama tiga tahun enam bulan dengan wanita itu.

Menurut Haffiz, dia juga terkejut apabila video luahan perasaannya tular di media sosial sehingga dia dihujani pelbagai komen netizen.

Ujarnya, dia hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan orang ramai yang membuatkan dia terus bersemangat untuk menjalani hari mendatang.

haffiz1

Tangkap layar video tular di TikTok.

"Terkejut (viral) sebab kita bukan sesiapa, kita bukan orang terkenal. Kalau tak ada sokongan semua, mungkin saya akan down gila. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong, terutama sekali keluarga saya.

"Kepada semua yang menonton video saya tentang Aina, saya hanya mampu ucap terima kasih buat awak semua kerana itu saja yang mampu saya katakan.

"Saya tahu saya tak mampu membalas budi awak semua dengan benda lain kerana saya sendiri hadir daripada keluarga yang tidak senang.

"Teruskan sokongan dan menjadi tulang belakang saya lepas ni, kerana awak semua saya mampu kuat menghadapi apa yang terjadi sebelum ini, terima kasih semua," ujarnya panjang lebar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain