suria

[V] Pengantin perempuan tersipu malu, kawan-kawan suami hadiah barang seks atas pelamin... “Tolonglah jangan salam bagi kondom”

Kelihatan tetamu ini tanpa segan silu memberikan hadiah alatan seks kepada pengantin.

KEHADIRAN tetamu yang membawa pelbagai jenis hadiah menjadi penyeri dalam majlis perkahwinan pasangan ini.

Menerusi video tular, pasangan mempelai yang sedang bersanding di pelamin kelihatan ceria ketika menerima hadiah berupa kelengkapan rumah daripada beberapa lelaki.

Tetamu pertama yang memakai tengkolok hitam dilihat menghulurkan mop lantai sebelum seorang lagi individu menyerahkan penyapu kepada pengantin lelaki.

Selepas itu, beberapa lagi lelaki, dipercayai rakan pengantin turut naik ke pelamin dan memberi hadiah seperti pengepam tandas, penyodok, baldi, penyapu bulu ayam, kuali dan beberapa item lagi.

Video yang dimuat naik ke laman Twitter @isusemasaviral itu meraih hampir setengah juta tontonan dan dihujani pelbagai komen netizen.

Selain terhibur dengan video itu, ramai netizen turut menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan tetamu berkenaan.

Kenapa ramai sangat yang bitter ni? Dah itu culture kawan-kawan dan geng-geng si pengantin... pengantin pun okey je.

NETIZEN

Malah, netizen mendakwa ada tetamu yang bersalam sambil menyelitkan bungkusan plastik dipercayai kondom ataupun tisu magik kepada pengantin lelaki.

"Tak ada masalah pun nak bagi penyapu, pembersih sawang tu tersangatlah bagus tapi bagi yang pelik-pelik, tambah dengan tisu magik tu, sumpah kau memang tak ada perasaan malu.

"Aku tak kisah kau nak bagi penyapu ke, mop ke apa time aku kahwin nanti, tapi tolonglah jangan salam bagi kondom.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin penerima hadiah kondom tak ambil hati lawak dianggap tak kena tempat, mohon maaf bagi pihak sahabat

ARTIKEL BERKAITAN: Asma Harun malu tonton video kawan beri hadiah kondom, minta jangan budayakan jenaka lucah

"Barang dapur tu okey la tapi yang selit kat tangan tu yang tak boleh terima. Kalau ya nak bagi, bagi secara private," tulis beberapa netizen.

Selain mempertikaikan hadiah yang diberi, netizen turut menyelar sebahagian tetamu yang dikatakan berpakaian tidak menghormati majlis.

Namun, ada juga yang mempertahankan mereka dan meminta netizen tidak terlalu menghakimi gaya pemakaian serta hadiah yang diberi kepada pengantin.

pengantin2

Video yang tersebar di media sosial mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

"Ini bukan tentang kaya ke miskin ke but rather tentang adab. Kalau pergi kenduri kahwin pakailah elok dan sopan.

"Lantaklahh dia nak pakai apa pun, kau tak tahu orang tu dari mana so jangan judge. Bersyukur je la mereka tak bogel pergi wedding.

"Kenapa ramai sangat yang bitter ni? Dah itu culture, kawan-kawan dan geng-geng si pengantin. Pengantin pun okey je.

"Bagus kawan kawan dia, jimat dah kawan tu nak beli barang rumah," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain