suria

[V] Suami dapat perhatian di TikTok, ramai perempuan puji iras Saif Ali Khan... Wanita ini ‘cool’ je, puas hati kahwin lelaki penyayang

Nabila tidak menyangka suaminya dikatakan mirip bintang Bollywood, Saif Ali Khan.

"SUAMI sis orang mana?"

Gara-gara berkongsi gambar dan video bersama suami di laman sosial, seorang wanita dihujani dengan pelbagai soalan netizen mengenai perkahwinannya.

Rata-rata netizen turut mengatakan wajah suaminya persis bintang Bollywood, Saif Ali Khan selain kagum dengan badannya yang sasa seperti kebanyakan pelakon filem Hindi.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Nabila Nasarudin berkata, dia menyedari ramai yang bertanyakan tentang asal usul suaminya yang kelihatan seperti warga asing.

Namun jelas si isteri berusia 24 tahun itu, suaminya merupakan rakyat Malaysia berasal dari Taiping, Perak, mempunyai darah kacukan Pakistan dan Arab.

"Suami saya orang Malaysia. Masa saya mula buat content media sosial mengenai kisah kami suami isteri, ada yang kata muka suami macam bintang Bollywood, Saif Ali Khan.

"Jujurnya, masa tu saya tak tahu siapa Saif Ali Khan sebab saya tak minat menonton filem Bollywood. Tapi apabila semakin ramai beri pandangan yang sama, saya buat carian di Google dan baru tahu suami dikatakan mirip pelakon tu," katanya ketika dihubungi mStar.

suami bollywood mainpic 5

Pasangan ini berkahwin pada 2019.

Nabila yang juga berasal dari Taiping akur dengan pandangan segelintir netizen terhadap suaminya, Shah Faizal Suhel yang berusia 26 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dah jumpa hero Tamil saya" - Wanita bertemu jodoh idaman 'muka Hindustan, banyak bulu' selepas setahun mencari di Twitter

ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak ajak dating, jumpa mak ayah cuma sejam... selepas kahwin baru suami dari Pakistan buka rahsia kenapa 'first date' hanya 5 minit

"Mulanya saya rasa macam tak sama. Tapi apabila ramai asyik komen kata sama, saya buat perbandingan dan ada sedikit persamaan di bahagian mata, kening dan senyuman.

"Suami pada mulanya pun macam tak percaya, dia malu-malu. Tapi suami terharu juga sebab dia peminat filem Bollywood," katanya sambil menambah dia lebih cenderung kepada filem-filem genre misteri dan sains fiksyen seperti Avengers dan Avatar.

suami bollywood mainpic 3

Faizal menjadi juara Mr Perak kategori junior pada 2017.

Pasangan ini berkenalan selama enam tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki kini berusia setahun.

Menurut Nabila, mereka mula mengenali antara satu sama lain menerusi Facebook sambil menambah sifat tanggungjawab lelaki itu berjaya menawan hatinya.

Masa tu saya tak tahu siapa Saif Ali Khan sebab saya tak minat menonton filem Bollywood.

NABILA

"Kami bermula masa zaman sekolah. Saya masih belajar di tingkatan tiga, dan suami di tingkatan lima. Dia adalah antara yang banyak memberi sokongan dalam pelajaran saya.

"Paling saya kagum dan terharu adalah selepas kahwin apabila suami menjaga saya dengan baik sewaktu berpantang selepas melahirkan anak sulung.

"Masa tu baru kematian kucing kesayangan, saya meroyan tak boleh nak fikir. Suami banyak memberi semangat selain menjaga saya serta anak dengan baik," tambahnya lagi.

suami bollywood mainpic 6

Selain pengusaha gim, Faizal juga merupakan jurulatih kecergasan.

Walaupun dikatakan mirip pelakon Saif Ali Khan, suaminya yang merupakan pengusaha gim di Taiping mengidolakan bintang Bollywood, Aamir Khan dan Hrithik Roshan.

"Selain bakat lakonan, saya kagum dengan kedua-dua mereka yang melakukan transformasi badan menjadi sado. Mereka juga memberi inspirasi kepada saya dalam fitness," kata Faizal yang menyukai filem Dangal lakonan Aamir Khan.

suami bollywood mainpic 7

Nabila dan Faizal dikurniakan cahaya mata lelaki.

Faizal yang juga jurulatih kecergasan menyertai beberapa pertandingan bina badan dan badan cantik, serta merangkul johan bagi Mr Perak kategori junior pada 2017.

Nabila berkata, suaminya juga yang memberi inspirasinya untuk kekal cergas dan mula aktif melakukan senaman di gim selepas kahwin.

"Saya akui ramai yang tertarik dengan video-video saya kerana suami berwajah pelakon Bollywood dan badan sado. Tapi saya tak cemburu, sebab dah kahwin kan. Cuma rasa kelakar apabila ramai asyik tanya suami saya orang mana," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain