suria

Bapa derita terkena sihir cucuk mata ikan, 14 tahun jadi orang buta! Anak perempuan buka cerita gara-gara video pimpin ke masjid tular

Huzaifah sering ditanya sama ada dia malu menghantar ayahnya yang 'buta' ke masjid.

PERKONGSIAN seorang wanita menghantar bapanya yang hilang penglihatan sejak 2008 untuk menunaikan solat Jumaat baru-baru ini di TikTok menarik perhatian ramai.

Selain dihujani dengan doa agar bapanya diberikan kesihatan yang baik, ada juga dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya tentang punca lelaki berkenaan diuji sedemikian rupa.

Ketika dihubungi mStar, wanita bernama Huzaifah Zolkepli itu berkata ada kisah hitam yang menimpa keluarganya berlaku kira-kira 14 tahun lalu.

Imbas Huzaifah, ketika usia bapanya menginjak 46 tahun dia dirujuk ke hospital selepas mengadu sakit kepala luar biasa.

Namun pada masa tersebut, doktor hanya merawat bapanya yang dikenali sebagai Zolkepli berkaitan sakit kepala yang dialami kerana menyangka ia simptom kepada migrain.

"Saya ingat lagi... kejadian pada hari Ahad. Pagi tu ayah cakap hanya sebelah mata sahaja kabur, tapi masih boleh memandu ke pasar dan balik tu dia terus tidur.

"Kemudian lepas Asar ada kawan ayah datang melawat sebab dia baru keluar hospital, jadi semasa baring tu tiba-tiba ayah cakap yang kedua-dua mata tak nampak.

"Jadi kami rujuk semula ke hospital untuk membuat pemeriksaan mata. Apa yang mengejutkan adalah doktor menyatakan mata ayah sihat seperti orang normal cuma tak dapat 'tangkap' objek... tiada glukoma mahupun katarak.

ARTIKEL BERKAITAN: Buta ketika goreng telur, anak dedah kehebatan ‘mata hati’ ibu! Tak pernah pakai baju terbalik, cuci pinggan berkilat banding orang celik

ARTIKEL BERKAITAN: “Pagi nampak macam Maghrib” - Wanita ini hilang deria penglihatan 24 hari selepas tunang, minta bakal suami cari calon isteri lain

"Baru-baru ini pun ada dapatkan rawatan daripada pakar mata Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, tapi keputusannya tetap sama iaitu mata ayah sihat seperti orang normal," ujar anak kelima daripada tujuh beradik itu ketika dihubungi mStar.

Rawatan mata turut dilakukan bagi mengetahui punca 'buta'.

Rawatan mata turut dilakukan bagi mengetahui punca 'buta'.

Tambah Huzaifah yang berasal dari Pulau Pinang, apa yang lebih menyedihkan ialah bapanya mula berubah sikap menjadi agresif sehingga perlu dirujuk ke pakar psikiatri sejak hilang deria penglihatan.

Mana tidaknya, kelakuan ayahnya seolah-olah orang hilang kewarasan apabila tiba-tiba berlari dan menoleh ke kiri kanan seperti melihat sesuatu.

Ayah juga pernah cakap yang dia seolah-olah duduk di dalam akuarium dan nampak bahagian atas berwarna kelabu.

HUZAIFAH

"Sebab bimbang kesihatan dan keadaan ayah lebih teruk, kami rujuk pada pakar psikiatri.

"Tapi diagnosis menyatakan yang mental ayah sihat serta tidak gila.

"Pernah saya bertanya apa yang ayah nampak dan dia cakap 'kiri kanan ada orang berlari'. Mungkin disebabkan itu dia berlari juga sehingga terhantuk kepala.

"Ayah juga pernah cakap yang dia seolah-olah duduk di dalam akuarium dan nampak bahagian atas berwarna kelabu," ceritanya sambil menambah keadaan teruk yang dialami itu berlarutan hampir setengah tahun.

Ayahnya pernah luahkan kesedihan kerana tidak dapat melihat cucu lelaki pertama.

Ayahnya pernah luahkan kesedihan kerana tidak dapat melihat cucu lelaki pertama.

Susulan situasi yang dialami ayahnya itu, Huzaifah dan seluruh keluarganya beranggapan bahawa ia adalah berpunca daripada sihir dan perbuatan khianat orang.

Tambahan pula, katanya, ayah bukan sahaja berubah sikap tetapi seperti berada di alam lain.

Ujar Huzaifah lagi, lebih aneh apabila bapanya yang pernah berkhidmat sebagai juru ukur tiba-tiba bercakap dalam dialek Siam selepas pulang dari hospital.

"Mungkin orang tidak akan percaya apa yang saya katakan ini, tapi itulah hakikat yang dilalui ayah. Pernah suatu hari ayah minta susu sebab nak bagi anak jin yang berada di sekeliling kaki dia minum.

"Ayah juga pernah tumbuk mata saya sehingga lebam sebab katanya nampak jin datang... ayah tumbuk jin tu, tapi dunia sebenar kena pada saya dan masa tu sedang bantu ayah mandi," imbasnya lagi.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu lagi, rawatan perubatan Islam turut dilakukan bagi membantu memulihkan keadaan bapanya.

Huzaifah bersama keluarganya.

Huzaifah bersama keluarganya.

Pun begitu, tiada yang berjaya membantu melainkan menyuruh mereka sekeluarga berdoa supaya diberikan kesembuhan.

Mereka juga dimaklumkan bahawa bapanya terkena sihir yang menggunakan seekor ikan yang matanya dicucuk dengan duri atau jarum sebelum dilepaskan semula ke dalam air.

Namun selepas bapanya mula reda dengan apa yang berlaku, dia mula menunjukkan perubahan positif.

Bercerita lanjut, ujar anak jati Pulau Pinang itu, meskipun bapanya mengetahui siapa yang melakukan perbuatan sihir itu dan salah seorang daripanya sudah memohon maaf, namun dia tidak menyimpan dendam sebaliknya memaafkan sahaja.

Bercerita lanjut tentang rakaman yang dikongsikan di TikTok yang kini meraih lebih 106,000 tontonan, Huzaifah berkata sebenarnya dia mengambil alih rutin berkenaan daripada ibunya yang ketika itu sedang menunaikan umrah di Makkah.

"Ayah memang nak mak yang hantar. Kalau saya hantar, ayah akan bertanya 'tak malu bawa ayah pergi masjid'... mungkin sebab ada orang bercakap mengenainya.

"Kalau sebelum ini, saya hantar sampai ke dalam tapi sekarang akan ada orang yang pimpin dan bantu ayah masuk ke ruang solat," tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain