suria

Udang ghaib daripada pinggan! Wanita hairan kuis-kuis kuey teow goreng jumpa ekor tanpa badan... “Alamak sisa makanan orang ke?”

Ekor udang yang ditemui dalam hidangan kuey teow goreng yang dipesan wanita berkenaan.

MEMESAN makanan daripada kedai atau restoran sememangnya mudah, pantas serta menyenangkan.

Namun ada kalanya ia jarang memenuhi cita rasa atau 'tekak' masing-masing.

Kadang-kadang terlebih masin, pedas, manis atau lebih teruk lagi, makanan yang dipesan tidak segar serta berbau.

Namun lain pula hal yang dikongsikan oleh seorang wanita ini ketika menjamu selera di sebuah restoran, baru-baru ini.

Menurut wanita tersebut, dia memesan sepinggan kuey teow goreng udang, namun apa yang dihidangkan membuat dia kehairanan dan speechless.

UDANG 1

Perkongsian asal yang kini tular di Facebook.

"Tak tahu nak kata apa. Order kuey teow udang. Banyak betul ekor (udang). Mula-mula sampai pesanan tu, godek-godek dapat dua ekor.

"Aku pun panggil waiter. Ada ekor je ke? Udang mana? Dia gelak dan ambil balik," kongsinya dalam laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan jumpa mata kail dalam kari kepala ikan, tapi aduan tak dilayan... Peniaga restoran hanya ‘refund’ 60 sen!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan daging dalam kuah, rupanya tali mop!” - Dua beradik rasa nak muntah makan roti canai banjir, selepas mengadu tetap kena bayar!

Tambah wanita tersebut, pelayan berkenaan kemudian kembali bersama pesanan makanannya yang baru kira-kira 10 minit kemudian.

"Dalam 10 minit hantar balik, dapat dua ekor udang cukup sifat. Tapi selebihnya 10 ekor tak ada badan. Harga not bad (boleh tahan) RM12.90.

"Tapi nok kabo sakning. Dok mari doh sini, sebab ambe dok makan ekor udang. Ambe makan udang je (Tapi nak beritahu, tak datang dah sini sebab saya tak makan ekor udang. Saya makan udang je)," tulisnya.

Ekor tu macam tu atau kena buka dengan orang lain? Alamak macam-macam terfikir, sisa-sisa makanan orang ke dia masukkan?

NETIZEN

Wanita tersebut turut memuat naik dua keping gambar memaparkan ekor udang yang ditemuinya di dalam hidangan kuey teow yang dipesan.

Daripada perkongsiannya, difahamkan restoran tersebut terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik kerana mengesyaki ekor udang di dalam pesanan wanita berkenaan adalah daripada sisa makanan pelanggan lain.

"Macam bekas orang 'kekoh' je... jijik betul!

KOMEN UDANG

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Ekor tu macam tu atau kena buka dengan orang lain? Alamak macam-macam terfikir, sisa-sisa makanan orang ke dia masukkan?

"Kalau aku dah blah (keluar). Memang tak makan, Kalau complaint, silap-silap kena ludah makanan kita.

"Aku ni kalau tak puas hati, malas nak minta-minta tukar takut diludah pula dalam makanan kita nanti," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain