suria

“Ingatkan daging dalam kuah, rupanya tali mop!” - Dua beradik rasa nak muntah makan roti canai banjir, selepas mengadu tetap kena bayar!

Cebisan tali mop yang ditemui adik Yon dalam roti canai banjir ketika mereka menjamu selera di sebuah kedai mamak.

RAMBUT dan serangga selalunya menjadi bendasing paling popular yang ditemui dalam makanan ketika membeli atau menjamu selera di restoran.

Namun pengalaman yang dilalui oleh dua beradik ini agak luar biasa apabila mereka menemui cebisan tali mop di dalam hidangan roti canai yang dipesan!

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Yon berkata, ketika kejadian yang berlaku beberapa hari lalu, dia dan seorang adik perempuannya menikmati makan lewat malam (supper) di sebuah restoran mamak di Sepang.

"Saya dengan adik sebenarnya nak supper tapi jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, jadi yang buka ketika itu restoran mamak sajalah sebab dah lewat.

"Kami order roti canai banjir dengan nasi goreng ayam. Dua menu tu kami kongsi-kongsi makan. Nasi goreng ayam okay tapi roti canai tu lepas makan satu suap, roti tak lumat-lumat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah ambil gambar makanan sebelum jamah, wanita terkejut siput kecil merayap celah daun salad! Daripada lapar terus rasa kenyang

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bengang waiter hanya gelak selepas hidang ‘telur dadar lipas’, anak owner bagi diskaun RM10 - “Tolong jaga kebersihan, jaga adab”

"Adik yang kena. Lama pula tu dia kunyah. Ingatkan daging atau sayur dalam kuah, rupa-rupanya bila tarik keluar ada tali mop. Terus berhenti makan, rasa nak muntah" cerita wanita berusia 25 tahun ini.

Menurut Yon, dia segera memanggil salah seorang pekerja di restoran berkenaan untuk membuat aduan mengena penemuan tersebut.

MOP 1

Yon dan adiknya terus tidak berselera untuk makan selepas terjumpa cebisan tali mop dalam roti canai.

"Kami tunjuk dekat dia tali mop yang dah kena kunyah tu. Lepas itu mamak tu cuak, dia tanya nak ganti ke? Tapi kami cakap tak payah sebab kuah yang sama, so no point kalau bagi yang baru pun.

"Mamak tu minta maaf pada kami tapi masa bayar dia kira semua ya. Tak ada discount langsung," ujarnya lagi.

Sebelum ini jumpa bulu dalam nasi goreng. Dah sound so ingat dah okay lah, tapi jadi lagi.

YON

Tambah Yon, restoran mamak tersebut sememangnya sering dikunjunginya sebelum ini, namun kejadian yang sedemikian adalah kali kedua yang dialaminya.

"Sebelum ini jumpa bulu dalam nasi goreng. Dah sound so ingat dah okay lah, tapi jadi lagi.

"Iya, memang trauma dan serik... taubat tak nak pergi dah kedai mamak tu," ujarnya yang merupakan ahli perniagaan.

MOP 2

Sebahagian netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing terjumpa bendasing ketika menikmati makanan.

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 561,000 jumlah tontonan, Yon berkata dia sekadar mahu menyampaikan mesej kepada orang lain agar lebih berwaspada ketika menjamu selera di restoran.

"Selepas ini kena lebih berhati-hati pilih kedai makan, kalau rasa was-was tu balik saja rumah, masak sendiri. Kebersihan pun terjamin.

"Tapi tak semua mamak macam ni. Macam mana kita boikot pun, restoran mamak tetap penuh. Jadi, pilihan di tangan anda," akhirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain