suria

Tengah sedap makan lemang dan rendang, gadis Cina dapat satu ‘nikmat’ tambahan... terus bagi rating 5 bintang!

Seorang gadis berkongsi pengalamannya makan di Lemang To'ki.

KEDAI makan atau restoran di Malaysia kebanyakannya menjadi tumpuan pelanggan berbilang kaum untuk menjamu selera.

Mengambil contoh kedai mamak, pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain yang adakalanya duduk semeja menikmati makanan sambil melepak.

Walaupun berbeza agama dan budaya, kepelbagaian serta keharmonian yang wujud membolehkan kita meraikannya termasuklah dari aspek makanan seperti roti canai dan teh tarik.

Begitulah situasi yang dapat dilihat dalam sebuah video yang dikongsikan oleh seorang gadis berbangsa Cina sewaktu dia makan di kedai makan Lemang To'ki yang terletak di Bentong, Pahang.

Menerusi video tersebut, dia menyatakan rasa kagum sekali gus terhibur apabila seorang lelaki Melayu, dipercayai pemilik kedai menyanyikan lagu Cina nyanyian penyanyi asal Jam Hsiao ketika dia sedang makan.

Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan gadis ini bersendirian merakam dirinya sedang makan sambil mendengar lagu yang dinyanyikan.

“Tengah menikmati lemang tiba-tiba seorang penyanyi Melayu mula menyanyikan lagu dalam bahasa Cina,” tulisnya pada video di TikTok.

Bukan sahaja nyanyiannya menjadi tarikan tetapi lelaki tersebut juga fasih menyebut setiap perkataan bahasa Cina dalam lirik lagu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan daging dalam kuah, rupanya tali mop!” - Dua beradik rasa nak muntah makan roti canai banjir, selepas mengadu tetap kena bayar!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan jumpa mata kail dalam kari kepala ikan, tapi aduan tak dilayan... Peniaga restoran hanya ‘refund’ 60 sen!

Nyanyiannya juga disampaikan dengan begitu merdu sekali.

Menurut gadis itu yang menggunakan nama @butterandbuns di TikTok, dia menyifatkan layanan diberikan pemilik kedai yang terletak di tepi jalan ini seperti makan di restoran mewah.

“Malah tak sangka suaranya sangat merdu sambil (saya) makan lemang dan rendang.

“Sebutan dia lebih baik daripada saya. Dengarkan vibrator itu.

“Dia ada beritahu, dia nyanyikan lagu Cina sebab saya seorang sahaja pelanggan berbangsa Cina dekat situ. Bro (abang) ini telah membuatkan hidangan ini menjadi satu nikmat bertaraf lima bintang,” ujarnya lagi.

Seorang lelaki menyanyikan lagu Cina dengan begitu merdu di Lemang To'Ki.

Mengagumi usaha peniaga lemang itu, gadis ini memuat naik video itu di TikTok dan ia ternyata mendapat perhatian warga maya.

Sehingga kini, rakaman dikongsikan ini telah meraih lebih 150,000 jumlah tontonan dan dihujani pelbagai komen.

“Wow bestnya suara dia. Chinese dia lagi tepat dari aku. Siapa yang kenal abang ni tolong tag dia bagi famous sikit.

“Lelaki ni sepatutnya menyanyi dekat dewan kahwin. Suaranya sangat bagus tak tipu.

"Sudahlah pandai nyanyi, 'muscle' pula tu,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut Jaswan Abdullah muncul di ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada pelanggannya itu kerana berkongsi pengalaman dan komen positifnya.

Antara komen netizen di TikTok.

“Kepada butterandbuns, terima kasih banyak sebab buat hantaran ini. Saya sangat menghargainya.

“Saya harap awak enjoy makanan dan muzik tu. Sila datang lagi okay,” komen lelaki itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain