suria

Gaji cuma cukup makan, suami isteri tak gembira lihat kit ujian kehamilan positif... rancang gugur kandungan

Seorang wanita meluahkan perasaan selepas mengetahui dirinya hamil

SETIAP pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina, malah ada yang menyifatkannya sebagai pengikat kasih sayang.

Bagaimanapun, tidak semua pasangan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa disebabkan beberapa faktor termasuk aspek kewangan.

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Twitter, dia yang baru mendirikan rumah tangga meluahkan perasaan tidak bersedia menimang cahaya mata selepas disahkan hamil.

Mengakui rasa takut selepas melihat alat penguji kehamilan bertanda 'positif', dia kemudian meminta pandangan warganet jika ingin menggugurkan kandungan.

"Hampir setahun saya dengan suami berkahwin. Kami rancang tak mahu anak sampai masing-masing bersedia.

"Tapi sekarang lain pula... kami sentiasa guna protection tapi Allah nak bagi juga anak. Sekarang period saya lewat seminggu dan positif hamil.

Ciapan yang dibuat oleh wanita terbabit.

Ciapan yang dibuat oleh wanita terbabit.

"Saya tengok dua garis terus cuak (takut)... tak rasa gembira dan bila bagi tahu suami pun reaksi dia sama. Kami dua-dua tak tahu nak rasa gembira atau tidak," luahnya.

Menurutnya, ketidaksediaan itu adalah disebabkan beberapa faktor termasuk kewangan.

Dia juga mendedahkan situasi semasa yang mana mereka berdua sering membawa bekal ke tempat kerja kerana ingin berjimat disebabkan gaji tidak mencukupi.

"Saya tak sedia dari segi fizikal, mental dan kewangan. Kami dua-dua bekerja tapi gaji cukup-cukup makan.

"Pergi kerja pun bawa bekal masak dari rumah. Sekarang fikir nak gugurkan," jelasnya yang turut bertanyakan persiapan jika ingin menggugurkan kandungan.

Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 3,100 pelayar selepas diciap semula oleh @pedoqpop.

Disebabkan 'permintaannya' bercanggah dengan tabu masyarakat, dia dikecam warganet kerana dianggap menolak rezeki yang diberikan Allah selain ada yang menyifatkannya sebagai tidak bersyukur kerana dikurniakan zuriat berbanding mereka yang mengimpikannya.

"I’m so sad to be a women like you, sanggup terfikir nak gugurkan kandungan yang sihat. Percayalah kepada rezeki akan ada lagi banyak. Hati kena ikhlas, bersyukur selalu. Nak fikir duit selalu tak cukup, memang tak akan cukup kalau berfikiran begini.

Ada yang berpandangan supaya wanita tersebut menggugurkan kandungan kerana bimbang kondisi bayi selepas lahir. - Gambar hiasan

Ada yang berpandangan supaya wanita tersebut menggugurkan kandungan kerana bimbang kondisi bayi selepas lahir. - Gambar hiasan

"Orang lain nak dapat anak pun susah.

"Tolong jangan, risiko tinggi untuk orang yang gugur anak. Percayalah ada rezeki untuk anak you nanti, jangan tolak rezeki Allah macam tu. Allah tahu both of you boleh jaga anak tu.

"Kita kat Malaysia tak boleh gugur melainkan ada faktor yang melibatkan kesihatan. Kalau beranak, kau mungkin ada implikasi yang berbahaya, itu ada alasan dan mungkin dibenarkan... tapi nak suka-suka sebab tak ready mana boleh.

Saya pun berhenti kerja sambilan kerana PKP. Kemudian selepas lima bulan kahwin, tiba-tiba dua garis... saya faham rasa sedih, terkejut, cuak dan tak sedia untuk mengandung.

NETIZEN

"Sebab tu kalau nak kahwin, awak kena fikir bab sedia untuk commit semua benda. Bukan setakat sedia kewangan saja sebab, nikmat yang kita ada sekarang kalau Allah nak tarik, sekelip mata dia boleh tarik. Anak tu kan rezeki juga," ujar beberapa netizen yang tidak bersetuju dengan pilihan wanita terbabit.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman kerana pernah mengalami situasi sama seperti wanita berkenaan.

Menurut individu dikenali sebagai Sue, dia mengakui memang tidak mengimpikan anak pada awal perkahwinan tambahan pula pada masa itu suaminya berhenti daripada menjadi atlet.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang pun syukur, tak sangka Allah hadiah kembar! Sayu momen 2 bayi IVF datang jauh dari T'ganu-JB jumpa doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak awal kahwin disahkan tak boleh hamil normal, wanita meraung diuji dengan kanser limfoma ketika jalani rawatan IVF

"Saya pun berhenti kerja sambilan kerana PKP. Kemudian selepas lima bulan kahwin, tiba-tiba dua garis... saya faham rasa sedih, terkejut, cuak dan tak sedia untuk mengandung.

Warganet memberikan pandangan masing-masing.

Warganet memberikan pandangan masing-masing.

"Tapi percayalah, bila scan dan dengar degupan jantung bayi... auto rasa terharu dan lama-lama Allah lahirkan sifat ibu dalam diri awak.

"Anak tu rezeki. Kami dua-dua hilang kerja, menumpang mentua. Jangan takut, kita mencorak masa depan kita," kongsinya.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir warganet yang bersetuju dengan pilihan wanita terbabit kerana bimbang anak yang bakal dilahirkan dalam keluarga yang belum bersedia.

"Dia nak gugurkan sebab tak mampu dan tak bersedia. Bukan saja-saja... kalau dia besarkan anak tu dengan kewangan yang tak stable dan mental tak bersedia, awak rasa bayi tu akan dapat proper childhood ke?

"Stop guilt tripping her. Jangan mudah percaya rezeki anak-anak, ukur baju di badan sendiri... kalau tak mampu, you know what's best for the baby.

"You know what best for you. Yang sebut pasal rezeki ni tolong la, itu kehidupan dia... kalau dia tak mahu, bayi tu nanti akan berisiko dibesarkan dalam persekitaran toksik. Harap jumpa abortion clinic that can help you," ujar beberapa netizen lagi.

Pada masa sama, terdapat juga pelayar Twitter yang mengesyorkan supaya bayi yang bakal dilahirkan itu diserahkan kepada keluarga angkat atau rumah kebajikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain