suria

Sayang Loki! Askar sebak tak sanggup berpisah dengan anjing ‘kawan baik’ ketika bertugas

Momen menyentuh hati antara Micro dan Loki.

SEBAGAIMANA kita ketahui, anjing merupakan haiwan jinak dipelihara sehingga menjadi sahabat kepada tuannya.

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan kemesraan seorang anggota tentera bersama seekor anjing baka K9 yang merupakan penemannya ketika sambutan Hari Kebangsaan.

Video memaparkan beberapa keping gambar lelaki tersebut sedang duduk di tangga sambil memeluk, memegang kepala dan mencium anjing itu nyata menyentuh emosi sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Kawan baik seorang lelaki (merujuk kepada anjing). Terima kasih atas khidmat bakti, tuan,” demikian keterangan video yang ditullis di Facebook Panggilan Pertiwi.

Apa yang menarik perhatian, lelaki di dalam gambar tersebut, dikenali sebagai Micro Junior muncul di ruangan komen menjelaskan kisah sedih di sebalik gambarnya dengan anjing bernama Loki.

Momen manis dan menyentuh hati itu sebenarnya menceritakan tentang hari-hari terakhir mereka dapat bersama kerana akan berpisah tidak lama lagi.

Micro bersama anjing K9 bakal berpisah selepas Hari Kebangsaan ke-65.

Ini merupakan tahun terakhir anjing Tentera Darat Malaysia ini menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-65 bersama tuannya, Micro.

Jelas Micro, dia bakal meninggalkan pasukan tentera kerana tempoh perkhidmatan akan berakhir.

“Terima kasih. Saya nak beritahu yang lelaki dalam gambar itu adalah saya dengan anjing saya, Loki dan ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan kami bersama yang terakhir sebab kami akan berpisah tak lama lagi.

Saya akan meletakkan jawatan kerana perkhidmatan saya akan tamat.

MICRO

“Kami telah menghadapi ranjau kehidupan bersama selama ini dan dia adalah kawan baik saya. Saya akan meletakkan jawatan kerana perkhidmatan saya akan tamat,” tulisnya.

Kisah menyayat hati itu mengundang sebak sesiapa sahaja yang melihatnya malah dihujani pelbagai komen setelah dimuat naik pula di TikTok milik Helang Rimba PP.

Menurut Micro, Loki baru sahaja berkhidmat selama tiga tahun dan berbaki enam tahun lagi sebelum ditamatkan perkhidmatannya.

“Sedihnya... terima kasih atas servis tuan. Semoga Loki dapat pengganti dan sahabat seperti tuannya.

Komen Micro pada posting yang tular.

“Perpisahan yang sangat menyakitkan. Loki akan rindu Koperal Walensten. Terima kasih sebab jaga aset negara dan selamat bersara nanti. Masih boleh jenguk Loki.

“Benda macam nilah patut di viralkan. Bukan senang nak melangkah alam bersara. Dengan berat hati melangkah. Nak sambung dikir 1000 kali,” tulis warga maya di ruangan komen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain