suria

Bangga jadi generasi ketiga warisi Saga ‘legend’ atuk, pemuda dedah rahsia kereta usia 33 tahun kekal ‘tip top’

Faris kini menjaga kereta Proton Saga yang diwarisi daripada datuk dan bapanya.

SELAIN Jalur Gemilang dan bunga raya yang menjadi identiti Malaysia, Proton Saga juga merupakan satu lagi lambang kebanggaan negara kita.

Dilancarkan pada 1985, Proton Saga yang merupakan kereta model pertama buatan Malaysia, masih bertakhta di hati rata-rata rakyat negara meskipun sudah berusia 37 tahun.

Melewati tiga dekad, kereta ini telah melalui beberapa kali revolusi dan kini memasuki model generasi ketiga yang dilancarkan pada 2016.

Percaya atau tidak, ada yang sanggup menawarkan harga yang tinggi semata-mata mahu memiliki model Saga yang pertama.

Demikianlah juga halnya dengan kereta yang dimiliki oleh pemuda ini, di mana ia pernah ditawarkan sehingga RM20,000!

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit-sikit lama-lama cantik! Anak sanggup berhabis demi ‘baharukan’ kereta buruk bapa usia 25 tahun... dah selamat pandu sampai utara

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda umur 19 tahun sanggup habis duit make-over Proton Saga usia 31 tahun, masa kecil pernah duduk dalam but nak pergi beli baju raya

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Faris Asyraf berkata kereta Proton Saga tersebut adalah milik asal datuknya, sebelum diperturunkan kepada bapanya dan kini berada di bawah jagaannya.

"Datuk saya seorang cikgu dulu. Zaman dulu memang datuk struggle. Dia tak pernah beli kereta baru, hanya pakai kereta second-hand.

"Pada tahun 1989, datuk buat tempahan beli Proton Saga ini. Booking setahun. Dia excited sangat sebab ini kereta baru pertama dia.

faris 2

Faris (kiri) merupakan generasi ketiga yang menjadi 'pewaris' Proton Saga selepas bapanya (kanan).

"Kereta inilah yang hantar ayah dan adik beradik ke sekolah dan ke asrama. Memang kereta ni banyak jasa. Daripada datuk, ia diperturunkan kepada ayah, kemudian adik beradik ayah. Semua merasa.

"Selepas semua dah ada kereta, ia dipulangkan kepada ayah yang merupakan anak sulung daripada enam beradik. Kini saya dah berlesen, dan ia diperturunkan kepada saya pula," cerita remaja berusia 18 tahun mengenai legasi Saga keluarganya.

Melihat video yang dikongsikan di laman TikTok yang kini mencecah melebihi 1.3 juta jumlah tontonan, ramai yang melahirkan kekaguman kerana kereta tersebut berkilat dan masih ‘tip top’ dari segi luaran dan dalamannya.

faris 4

Kereta Proton Saga diselenggara mengikut waktu yang tertentu meskipun jarang digunakan.

Bercerita mengenainya, remaja yang senang disapa Asyraf ini tidak lokek mendedahkan 'rahsia' di sebalik penjagaan kereta tersebut.

"Datuk dan ayah memang cermat. Sepanjang di bawah jagaan ayah, ia memang diselenggara walau tak digunakan.

"Ayah lebih suka originaliti. Rahsianya, kereta ini akan dihantar ke pusat solek kereta 'V-Quantum Autoworks' lima tahun sekali.

"Manakala setiap tahun pula akan hantar ke pusat detailing di Plaza Pelangi untuk polish dan wax. Kalau nak tahu, iniIah warna asalnya dari dulu hingga sekarang.

"Saya memang kerap ikut ayah modify dan selenggara kereta ini. Setiap kali ayah hantar servis, mesti ada orang tanya. Ada orang pernah offer RM20,000.

Datuk dan ayah memang cermat. Sepanjang di bawah jagaan ayah, ia memang diselenggara walau tak digunakan.

MUHAMMAD FARIS ASYRAF

"Tapi ayah kata walau orang offer hingga RM40,000 pun dia memang takkan jual," ujarnya yang menetap di Johor Bahru.

Tidak menyangka videonya meraih sehingga melebihi 1.3 juta jumlah tontonan, Asyraf berkata dia terharu bercampur bangga kerana rata-rata netizen mengkagumi kereta tersebut di samping menyifatkan dirinya seorang yang patriotik.

"Kereta ni memang jarang dipandu. Tapi kebetulan pada 31 Ogos hari tu, saya memang nak bawa ronda-ronda bandar sempena merdeka.

"Alang-alang tu saya rekod dan selit lagu Tanggal 31 Ogos. Tak sangka, video pertama kereta Saga yang saya muat naik jadi viral pula.

faris 3

Bahagian dalaman kekal 'maintain' seperti kereta baru meskipun sudah berusia 33 tahun.

"Ramai pula yang suggest supaya kereta jni join perarakan tahun depan. Iyalah, kereta legend dan lambang identiti kita.

"Saya mula-mula tak minat tapi lama-kelamaan ia berubah. Zaman sekarang memang banyak kereta yang menarik perhatian anak muda.

"Tapi bagi saya, kadang-kadang benda paling simple buat kita bahagia. Biarpun zaman tak sama, tapi biarlah kita sama-sama hargai masterpiece ini," akhirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu