suria

Pengantin perempuan tak malu minta bridesmaid bayar RM500, siap kena beli baju sendiri... “Kalau dah bank in bagi resit babe”

Tangkap layar mesej antara bakal pengantin dengan rakannya tular di media sosial. (Gambar Hiasan: Pinterest)

MENJELANG hari perkahwinan, bakal pengantin pastinya pening kepala memikirkan seribu satu perkara yang perlu diselesaikan.

Selain sibuk menguruskan jemputan, makanan dan busana, bakal pengantin juga pastinya teruja untuk memilih rakan-rakan terdekat yang akan dilantik sebagai bridesmaid ataupun gadis pengiring.

Terbaharu, tular satu tangkap layar mesej WhatsApp yang memaparkan perbualan bakal pengantin dengan seorang rakan yang dipilih untuk menjadi bridesmaid dalam majlisnya.

"I nak you be one of my bridesmaids tau," tulis bakal pengantin kepada rakannya.

Dalam satu lagi hantaran mesej, bakal pengantin memaklumkan rakannya bahawa dia perlu membayar wang RM500 sebagai sumbangan untuk majlis yang akan diadakan Januari depan.

"Eh one thing eh, i need RM500/person for contribution and baju bridesmaid on you, I just tell you the color.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis sanding manis tanpa bridesmaids ‘over’ melaram... Pengantin terkejut geng makcik-makcik masuk dewan bawa dulang hantaran!

ARTIKEL BERKAITAN: Bridesmaid sebak ditarik pengantin naik atas rumah selepas selesai nikah, sanggup curi masa buat kejutan

"Once dah bank in, provide me the receipt eh babe ok," tulis bakal pengantin itu lagi.

Tangkap layar berkenaan memaparkan rakannya hanya membalas tanda soal selepas diminta menyumbangkan wang untuk majlis tersebut.

Di ruangan komen, wanita itu berkata dia telah menghubungi pengantin berkenaan dan memaklumkan dia tidak dapat menghadiri majlisnya.

Kali pertama dengar orang nak kahwin minta sedekah dengan kawan, RM500 pula tu.

NETIZEN

Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok pada Khamis itu menerima lebih 340,000 tontonan.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan bakal pengantin yang dianggap tidak bertimbang rasa sehingga menyusahkan rakan-rakannya.

"Orang lain pergi kenduri free je. Tiba-tiba pergi kenduri dia nak kena bayar. Dia pakai tema apa ni?

gadis dulang 2

Wanita itu memaklumkan kepada rakannya bahawa dia akan berkahwin pada Januari depan. Foto: Kanda Kacak.

"Dia kahwin kat Itali kot. RM500 tu sekali duit penerbangan dan penginapan.

"Kali pertama dengar orang nak kahwin minta sedekah dengan kawan, RM500 pula tu.

"Ni nak suruh jadi bridesmaids ke nak buat kutipan bantuan majlis kahwin ni.

"Kita pula kena tanggung untuk dia kahwin," tulis beberapa netizen.

gaids dulang 4

Antara komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsi pengalaman mereka ketika berkahwin yang mana semua gadis pengiring tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk majlis rakan mereka.

"Aku kahwin aku bagi kawan aku kain kot. Apa punya member ni.

"Masa saya kahwin, saya habiskan beratus untuk bridesmaids. Setiap seorang. Lepas tu saya sediakan hotel walaupun semalam je.

"Saya sponsor bridesmaids saya baju dan mekap lagi masa saya kahwin. Kawan jenis apa macam tu?

"Untuk majlis saya, saya sponsor semuanya untuk gadis pengiring saya," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain