suria

Juara pertandingan lukisan sekolah dituduh pakai ‘kabel’, ibu tak puas hati! Ada yang syak pemenang mesti anak cikgu atau PIBG

Tangkap layar video memaparkan lukisan pemenang dan peserta yang kalah.

“PERTANDINGAN lukisan pun pakai ‘kabel’?”

Demikian persoalan yang ditimbulkan salah seorang netizen selepas melihat video keputusan pertandingan melukis yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 14 saat yang dikongsikan seorang individu itu memaparkan hasil karya peserta kanak-kanak.

Temanya pula adalah bebas dan mengikut kreativiti peserta.

Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian tersebut, individu terbabit seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan pertandingan.

Dia juga seperti membandingkan hasil karya pemenang utama dengan peserta yang kalah kononnya mempunyai hasil lukisan lebih cantik dengan penggunaan warna menarik serta jelas.

Berdasarkan karya berkenaan, ketiga-tiga peserta yang dinobatkan sebagai juara melukis gambar pemandangan di laut dan menggunakan warna-warna lembut dan harmoni.

Manakala hasil peserta kalah lebih menonjolkan penggunaan warna panas dan terang.

Terdahulu perkongsian yang dibuat oleh warga Indonesia itu tular di aplikasi TikTok sehingga mendapat perhatian warganet dari Malaysia dan ditonton lebih 1.4 juta pelayar.

Ekoran itu, terdapat segelintir netizen menyifatkan keputusan pertandingan sebagai tidak adil, selain mengaitkannya dengan unsur rasuah.

Lukisan beberapa peserta yang kalah turut dipamerkan.

Lukisan beberapa peserta yang kalah turut dipamerkan.

“Mungkin campur tangan orang dalam.

“Pakai kabel... hahaha.

“Orang dalam selalunya anak cikgu, anak-anak PIBG (persatuan ibu bapa dan guru) yang dapat hadiah.

“Yang kalah lagi cantik daripada yang menang. Adil atau tak adil ni?

Dia nak bagitahu yang dunia ini sukar jumpa yang adil. Hanya yang berpengaruh sahaja yang akan dinilaikan.

NETIZEN

“Anak cikgu la tu semua.

“Color competition also need a cable to shine,” ujar beberapa netizen.

Namun terdapat juga komentar yang meminta si ibu menerima kekalahan tersebut dan mengajar anak mereka untuk lebih berusaha pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang aku pakai kabel” - Tawaran datang ‘bertalu’ sampai kena tolak, wanita kongsi tip mudah dapat kerja tapi ramai anggap susah

ARTIKEL BERKAITAN: Menunjuk tak pakai otak! Wanita mengaku guna ‘cable’ beli Perodua Alza baharu teruk dikecam... “Branch manager ni sepupu abah je pun”

“Ajar anak terima kekalahan.

“Dia nak bagitahu yang dunia ini sukar jumpa yang adil. Hanya yang berpengaruh sahaja yang akan dinilaikan.

Antara komentar yang ditinggalkan di ruangan video terbabit.

Antara komentar yang ditinggalkan di ruangan video terbabit.

“Ajar rasa ikhlas dan pantang menyerah kepada anak sejak kecil,” luah sekumpulan netizen lagi.

Bagaimanapun, seorang pelayar yang mengaku bekas pelajar seni visual menyatakan sebaliknya.

Menurutnya, peserta yang dinobatkan sebagai juara adalah layak kerana penggunaan tone dan cara mewarna.

“Bagi saya sebagai bekas pelajar seni visual, memang layak pun menang nombor satu. Tengok la tone warna dia dan cara mewarna... lukisan dia juga.

“Lukisan dia seakan hidup tidak seperti foto tanpa pergerakan. Sebab itu mewarna ni bukan sebab warna terang atau apa, tapi kemahiran,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain