suria

Setiap kali birthday, ada berita duka! Tanpa rasa malu pemuda nangis di TikTok, tahun ini sahabat accident pada hari jadinya

Keyrol menangis di TikTok setelah menerima perkhabaran mengenai rakan baiknya kemalangan.

SEPERTI 'badi'.

Itulah yang dirasakan pemuda bernama Khairul Eizlan, 22, apabila dia kerap menerima berita sedih setiap kali sambutan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada tanggal 17 Jun.

Menerusi rakaman video di TikTok, dia yang senang disapa Keyrol meluahkan rasa sedih apabila menerima satu lagi perkhabaran duka pada detik 12 malam menjelang hari lahirnya tahun ini.

Bukan ucapan hari lahir yang diterima, dia dikejutkan dengan berita mengenai rakan baiknya yang terbabit kemalangan jalan raya sehingga mengalami cedera parah.

Berkongsi cerita kepada mStar, Khairul berkata rakan baiknya, Amir dirempuh sebuah kereta akibat kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri.

"Masa hari jadi tahun 2015, saya jatuh motosikal kena langgar sebuah van dekat Pantai Klebang di Melaka. Tahun 2017 pula, arwah nenek meninggal masa tarikh ni. Tapi ada juga berita baik saya terima. Cuma setiap kali hari kelahiran saya ada saja perkara tak baik terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan kuliah tak sangka persahabatan 5 mangsa utuh sampai ke akhir hayat, ada hasrat tidak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sedih tengok rider ini kemalangan, tapi sahabat dedah mesej dihantar kepadanya sebelum mula kerja 10 kali lebih menyayat hati

"Birthday tahun ni pula, saya dapat berita kawan kemalangan. Saya boleh tahu dia accident lepas nampak status WhatsApp abang dia update gambar motosikal kena langgar. Bila saya balas untuk tanya siapa, abang dia beritahu Amir kemalangan.

"Saya terus call abang dia sebab terkejut sangat. Abang Amir beritahu ada kereta nak masuk simpang tak bagi signal lalu langgar dia yang naik motosikal. Kereta tu seret Amir. Itu saja info saya dapat buat masa sekarang sebab masih belum boleh melawat dia sendiri,” katanya.

Bagaimanapun Khairul berkata dia menganggap berita buruk yang sering diterima pada hari lahirnya sebagai satu kebetulan.

Susulan kemalangan tragis tersebut, sahabat baiknya itu kini berada dalam keadaan koma.

Keyrol menerima berita mengenai kemalangan rakan baiknya ketika hari lahirnya.

Menurut jejaka yang bekerja sendiri dengan menguruskan bengkel motosikal ini, dia sehingga kini masih tidak dapat melawat Amir yang terlantar di sebuah hospital di Melaka.

Dia yang menetap di Felda Palong, Negeri Sembilan berkata, difahamkan Amir mengalami patah tulang rusuk dan pecah limpa tahap tiga.

Tambah Keyrol lagi, dia juga dimaklumkan tempurung kepala rakan karibnya itu juga akan 'disimpan' selama tempoh enam bulan sebelum 'dimasukkan' semula.

"Perasaan saya lepas dapat tahu berita daripada abang Amir memang cukup sedih. Saya menangis sebab risaukan keadaan dia. Saya post dekat TikTok sebab nak mohon kawan-kawan doakan dia saja.

KHAIRUL EIZLAN

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 1 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen tersentuh melihat Keyrol yang menangis teresak-esak meluahkan rasa sedih mendengar perkhabaran mengenai kemalangan kawannya itu.

Rata-rata sebak melihat seorang lelaki begitu menghargai persahabatan sehingga sanggup mengalirkan air mata disaksikan ramai pengikut demi meminta mereka mendoakan kesembuhan Amir.

"Perasaan saya lepas dapat tahu berita daripada abang Amir memang cukup sedih. Saya menangis sebab risaukan keadaan dia. Saya post dekat TikTok sebab nak mohon kawan-kawan doakan dia saja.

Keyrol meluahkan rasa sedihnya berikutan kemalangan menimpa rakannya di TikTok.

"Amir kawan dunia akhirat saya. Dia selalu ada waktu susah senang. Saya ingat lagi dulu masa kerja di Melaka dia pernah tanya saya dah makan ke belum. Kebetulan seharian saya tak makan cuma alas perut dengan roti. Tiba-tiba dia datang hantar nasi depan rumah sebab tak nak saya lapar. Saya terus menangis sebab terharu ada kawan sebaik dia.

"Bila post dekat TikTok tu memang niat saya satu saja. Nak minta semua sahabat doakan kesembuhan dia. Semoga dia kembali sembuh dan pulih seperti biasa. Kalau saya pun dah sedih apatah lagi keluarga dia. Saya doakan buat keluarga Amir... semoga boleh menghadapi ujian ini dengan tenang," jelas Keyrol.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain