suria

Wanita seram sejuk, lelaki misteri berkopiah ketuk tingkap kereta... Pakai gelang emas, tapi tersengih-sengih minta RM2!

Lelaki berjubah dan kopiah dalam keadaan mencurigakan mendekati kereta yang dipandu seorang wanita.

TIDAK semena-mena tingkap kereta seorang wanita diketuk seorang lelaki tidak dikenali.

Daripada dalam kereta, kelihatan lelaki berkenaan yang kelihatan memakai gelang emas menunjukkan isyarat seperti meminta wang RM2.

Insiden membabitkan lelaki memakai jubah dan berkopiah itu sempat dirakam dan dikongsikan wanita bernama Nurul Ain Junit di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seram tengok CCTV! Nampak pak guard pecah masuk rumah, selamba buka baju, seluar... siap 'cari' guna WhatsApp call

ARTIKEL BERKAITAN: "Bila saya kata no, dia tiba-tiba marah" - Wanita ini menggigil lelaki warga asing 2 kali muncul tepi tingkap kereta ketika di R&R

Bercakap kepada mStar, Nurul Ain berkata, kejadian berlaku dekat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan pada pagi Selasa.

Wanita berusia 34 tahun itu memberitahu, ketika itu dia bersendirian kerana sedang menunggu ketibaan suaminya yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor.

"Ikut jadual penerbangan, suami sampai pukul 10.30 pagi. Saya datang awal ke lapangan terbang dan menunggu dekat tempat drop off pukul 10 pagi.

"Kereta yang datang kejap-kejap drop orang. Saya je yang menunggu dalam kereta seorang diri kira-kira 30 minit.

"Keadaan di situ tenang sehingga saya nampak seorang lelaki berjubah dan kopiah berwarna gelap datang dari arah hadapan menghala ke kereta saya," katanya ketika dihubungi, pada Rabu.

lelaki jubah 2 W

Lelaki misteri bertindak mengetuk cermin tingkap kereta.

Lebih mesra disapa Nurul, katanya dia tergerak hati untuk mengunci pintu keretanya sebaik melihat kehadiran lelaki misteri itu dari jauh.

"Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati apabila nampak lelaki itu berjubah dan berkopiah tapi pakai gelang emas. Pelik lelaki pakai gelang emas.

"Kereta saya pula bukan auto lock. Apabila nampak lain macam tu, saya terus kunci kereta," ujarnya yang berasal dari Wakaf Bharu di Tumpat.

lelaki jubah 5 W

Nurul bersendirian di dalam kereta ketika kejadian.

Menurut wanita yang menetap di Shah Alam itu, tindakannya mengunci pintu kereta amat tepat apabila lelaki tersebut menghampiri keretanya pada kira-kira pukul 10.15 pagi.

"Cermin tingkap kereta saya tinted, jadi dari jauh nampak gelap. Kalau datang tinjau secara dekat baru nampak samar-samar jika ada orang di dalam.

Saya rasa tak sedap hati apabila nampak lelaki berjubah dan berkopiah itu tapi pakai gelang emas.

NURUL AIN

"Walaupun pintu berkunci dan cermin tingkap kereta ditutup, saya dapat lihat jelas wajahnya yang tersengih sambil beberapa kali menunjukkan dua jari macam nak minta RM2.

"Selain gelang emas, saya nampak dia pakai beberapa cincin. Dia tak ada bercakap apa-apa, cuma sengih... itupun dah buat saya takut," katanya sambil menambah pertama kali berdepan kejadian seumpama itu.

lelaki jubah 3

Cermin kereta Nurul tinted dan dilihat gelap dari jauh.

Nurul yang mengusahakan bisnes borong telekung dan sejadah berkata, dia pada mulanya mahu menghubungi polis bantuan bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku.

"Dalam keadaan takut dan panik tu, saya hanya sempat berfikir untuk tekan hon. Baru hon sekali, lelaki tu terus lari. Saya pasti dia berakal sebab masih boleh fikir untuk lari.

"Sepanjang tempoh menunggu ketibaan suami, saya memang risau dan asyik tengok cermin pandang belakang kot dia tiba-tiba muncul dari celah mana-mana," ujarnya namun tidak dapat mengenal pasti sama ada lelaki tersebut merupakan rakyat tempatan atau warga asing.

lelaki jubah 4

Antara komen-komen netizen.

Jelas Nurul lagi, dia bagaimanapun bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku namun mengakui masih trauma dengan perkara yang berlaku.

"Masih terbayang-bayang wajah dia yang sengih tapi menyeramkan tu. Sekarang ni, saya masuk kereta je terus kunci pintu kereta.

"Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua terutama wanita supaya berhati-hati apabila berada dalam kereta apatah lagi bersendirian.

"Kunci pintu kereta dan bunyikan hon untuk tarik perhatian dan kalau boleh beredar, pergi saja untuk keadaan lebih selamat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain