suria

Ibu dedah rahsia sebelum abang kahwin, adik tampil beri ucapan selepas diselubungi rasa bersalah... pengantin berjurai air mata di pelamin

Foto kanan Aina memberi ucapan yang mengundang sebak abang dan isterinya di pelamin.

MAJLIS perkahwinan pastinya menjadi hari yang diraikan bersama keluarga dan teman-teman dengan penuh kegembiraan.

Namun tanpa dijangka, drama air mata juga boleh berlaku ketika momen menyentuh emosi.

Seorang pengantin lelaki yang berada di pelamin sebak sehingga mengalirkan air mata ketika adik perempuannya menyampaikan ucapan penghargaan di majlis persandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas akad nikah, semua tergamam... anak lelaki tunggal ini menangis sujud cium kaki ibu di masjid - "Dia brutal sebenarnya"

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki menangis baca mesej dihantar sahabat 'mulut laser' malam pertama selepas nikah - "Paling terkesan point kedua..."

Bercakap kepada mStar, Aina Amira Satiria berkata, abangnya bernikah pada 11 Disember lalu dan majlis persandingan berlangsung pada 12 Disember.

Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu, dia tidak menyangka ucapan penghargaannya mengundang sebak abangnya yang berumur 23 tahun.

"Jika hendak diikutkan saya tak terfikir nak berucap pada majlis perkahwinan abang. Tapi saya tahu selepas berkahwin, tanggungjawab besarnya akan beralih kepada isteri.

"Saya merasakan ia merupakan peluang dan masa terbaik untuk saya mewakili adik beradik lain mengucapkan terima kasih kepada abang secara terbuka," katanya ketika dihubungi.

sebak ucapan adik 3

Abang Aina (kiri) dan isterinya tidak dapat menahan sebak mendengar ucapan.

Sejak bapanya diberhentikan kerja kira-kira lima tahun lalu, Aina berkata, abangnya banyak membantu dan menyokong mereka sekeluarga terutama dari segi kewangan.

"Abang menjadi tulang belakang kami. Tapi sepanjang tempoh itu, kami banyak tidak tahu jasa abang kerana kebanyakan bantuannya dilakukan secara senyap-senyap.

"Saya bukan dari keluarga senang Masa saya nak sambung belajar di kolej, abang juga yang dahulukan duit untuk bayar yuran pengajian," ujarnya sambil menambah bapanya kini berniaga di gerai burger, manakala ibunya merupakan suri rumah.

sebak ucapan adik 4 W

Pasangan ini bernikah pada Disember 2021.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, abangnya berperwatakan pendiam, maka kebanyakan perkara yang dilakukannya tidak dikongsi bersama.

"Ibu pernah tanya kami adik-beradik lain nak beli hadiah apa untuk birthday abang. Saya bergurau kata tak nak bagi hadiah sebab abang pun tak pernah beri kami hadiah.

Abang menjadi tulang belakang kami. Tapi sepanjang tempoh itu, kami banyak tidak tahu jasa abang kerana kebanyakan bantuannya dilakukan secara senyap-senyap

AINA AMIRA SATIRIA

"Ibu kemudian dedahkan majlis birthday kami selama ini, termasuk ibu ayah kesemuanya terutama majlis makan-makan ditanggung abang.

"Masa tu saya dan adik-beradik rasa serba-salah sebab tak pernah berterima kasih kat abang selama ini," katanya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor.

sebak ucapan adik 5

Aina (dua, kiri) bersama keluarga pada hari ulang tahun abangnya (empat, kiri).

Aina yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor di Johor berkata, abangnya mendahului kebajikan keluarga berbanding kepentingan peribadi.

"Abang tak suka boros. Dia jarang beli baju untuk diri sendiri, selagi boleh guna dia pakai. Abang mungkin nak je beli tapi dia tahu tanggungjawab pada keluarga.

"Kerja abang sebagai operator kilang mungkin tidak tinggi, tapi inisiatif dia untuk memastikan keselesaan keluarga buat saya rasa kagum," tambahnya.

sebak ucapan adik 2 W

Pasangan pengantin bersama keluarga di pelamin.

Sehubungan itu, kata Aina, ucapannya yang disampaikan pada majlis perkahwinan abangnya sambil disaksikan keluarga dan saudara-mara merupakan satu keputusan yang amat tepat.

"Alhamdulillah, lega. Dulu rasa bersalah sangat. Ada yang kata bertuah saya dapat abang yang baik.

"Bagi saya, rezeki kita semua berlainan. Ada orang yang dilahirkan kaya tapi kurang mendapat perhatian keluarga dan sebaliknya. Jadi kita perlu hargai apa yang kita ada," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia