suria

Usahawan bina kolam air gunung ‘halang’ abang kerja di bandar, si cilik umur 11 tahun rajin ‘promote’... akhirnya sekampung meriah dapat manfaat!

Kolam yang dibina di hadapan rumah keluarga Siti Zaharah di Baling, Kedah.

DEPAN rumah korang ada kolam?

Itu soalan yang dilontarkan seorang wanita yang berkongsi video rumah keluarganya di Baling, Kedah.

"Kolam tak ada, ada parit je," seloroh seorang warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik terkenang kebaikan kakak... sanggup datang dari jauh, rela tiada gaji 8 hari demi bantu hadapi trauma pasca banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Kentang ‘dihambat’ Puan S! Bukan nak mohon bantuan, tapi gigih nak tolong remaja Cina masuk universiti - “Inilah keindahan Malaysia”

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan Siti Zaharah Ismail, 35, berkata, selain menjadi punca pendapatan, kolam renang tersebut dibina bagi menarik kanak-kanak di kampung untuk beriadah.

"Dulu depan rumah tu hutan tapi ada parit kecil, air tu dari bukit, lama-lama terhakis dan runtuh, dan makin hari makin dekat dengan rumah.

"Niat saya nak abang dengan kakak ipar ada perniagaan dekat kampung, sebab mereka duduk dengan mak di sana. Jadi saya tanya abang apa rancangannya, saya tak nak abang keluar kerja di luar bandar memandangkan adik beradik lain dah tinggal di bandar.

"Abang kata dia nak buat kolam mandi sebab budak-budak sekarang 'liat' nak balik kampung sebab tak ada wifi dan bosan, jadi saya terus tunaikan impian dia," katanya yang memiliki sebuah butik di ibu negara.

Berbekalkan duit yang disimpannya untuk membeli rumah, Siti Zaharah kemudiannya menggunakan tabungannya sebagai modal untuk membina kolam tersebut.

"Allah bagi kami sedikit ujian, rumah kami lambat siap jadi saya buat keputusan ambil duit tu untuk buat kolam mandi.

"Kolam tu akan diuruskan abang dan kakak ipar, saya nak mereka berjaya macam saya dan Alhamdulillah kolam dan rumah saya pun siap," katanya.

Kolam bersaiz dewasa itu mempunyai kedalaman hampir 2 meter, 15 meter lebar dan 18 meter panjang manakala kolam kanak-kanak pula mempunyai kedalaman 0.8 meter dengan keluasan 20 kaki persegi.



Anak buah Siti Zaharah mandi manda di kolam yang dibina.

Proses pembinaan kolam tersebut mengambil masa sekitar tiga ke empat bulan.

"Abang buat dengan kawan dia, Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

"Dalam masa sama sebelah satu lagi saya bina tiga kolam ikan talapia, siap beli ikan, plan kami nak buat kafe dalam kampung.

"Masakannya berasaskan makanan dalam hutan, talapia bakar, air asam resepi abang memang semua tahu pasal kehebatan air tangan abang," katanya.



Siti Zaharah menggunakan wang simpanan sebagai modal untuk membina kolam di kampungnya.

Namun buat masa ini ikan talapia tersebut dijadikan pekasam dan dipasarkan.

"Anak buah saya, Dikya umur 11 tahun live setiap malam di Facebook Laman Carok Putih, ramai yang akan masuk live dia sebab nak jumpa Dikya.

"Mereka teruja tengok budak kecil live," katanya.

Sementara itu, menurut Siti Zaharah, apa yang menarik mengenai kolam tersebut adalah airnya yang sangat sejuk dan menyegarkan.

"Maklumlah air dari gunung, paling best untuk mereka yang tak sihat, lemah atau tak boleh tidur, akan rasa tenang... air semulajadi kan.

"Air tu nampak hijau tapi sebenarnya sangat-sangat jernih dan boleh relaks dan tengok kehijauan alam.

"Masa saya kena Covid-19 bulan Mei lalu badan lemah sangat, lepas kuarantin saya balik kampung mandi air kolam tu terus saya kembali segar," katanya yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur.



Makan-makan di sebuah pondok yang terletak berhampiran dengan kolam.

Katanya, kolam berkenaan turut menarik perhatian anak-anak kampung.

"Budak-budak sangat happy, setiap hari ramai datang mandi, orang kampung bukan semua senang dan mereka tak pernah ke hotel mana-mana jadi bagi mereka kolam tu satu kegembiraan paling besar.

"Sekarang kami caj RM2 seorang untuk bayar upah orang basuh kolam tu selepas dua atau tiga hari.

"Anak-anak buah saya ada 21 orang, bila kami berkumpul bukan anak je dengan mak ayah sekali terjun," katanya.

Selain kolam, orang awam juga boleh beristirehat di dangau atau pondok yang dibina berhampiran kolam tersebut.

"Kami akan makan di pondok tu ramai-ramai, syok sangat sambil mandi dan sekarang kami dalam proses nak tambah lagi sebab ramai yang datang makan di situ, jadi kami nak buat untuk tetamu luar yang teringin nak rasa suasana dan makanan kampung seperti nasi dan sup dalam buluh, ayam bakar dan ulaman," katanya, sambil menambah terdapat sungai di sebelah kanan rumahnya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea