suria

Berhenti jual ayam goreng RM1, remaja ini kini gigih tolong ibu berniaga pakaian demi bayar yuran pengajian sendiri dan abang

Rafik membantu ibunya menjual pakaian secara dalam talian.

KEHIDUPAN sebagai seorang pelajar tidak mudah, apatah lagi buat mereka yang hadir dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Justeru ada antara mereka yang mengambil kesempatan untuk bekerja pada cuti semester demi mencari wang simpanan untuk kegunaan kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu manja dengan tuan buat kambing ini ‘lupa diri’! Haiwan peliharaan lain tinggal di rumah tapi Gegirl diangkut ke mana saja

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bayi PKP’ pelik dibawa keluar hadiri kenduri, menangis takut lihat ramai manusia... segalanya berubah bila jumpa geng!

Begitu juga dengan Rafik Hakim Rozali, 17 tahun.

Seperti biasa, pelajar Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak ini memilih untuk mengisi masa cuti semesternya untuk membantu ibunya mencari pendapatan buat keluarga mereka, termasuk untuk membayar yuran pengajiannya sendiri serta abangnya.

Namun adat berniaga pasti ada pasang surutnya.

“Dah tiga hari tak ada sales, rasa nak putus asa pun ada, lagi beberapa minggu nak masuk kolej, duit yuran pun tak ada lagi.

Live pun tak ada view, awak bantu share saya dah bersyukur,” rayu Rafik dalam sebuah video yang dimuat naik ke sosial medianya.

Bercakap kepada mStar, pelajar yang bakal memulakan semester empat pengajian sijil teknologi pembinaan ini berkata rezekinya bagaimanapun melimpah ruah setelah videonya itu tular.

"Sebelum ni kalau live memang ada seorang dua yang masuk tapi tak ada sebarang jualan.

"Tapi Alhamdullilah lepas video tu viral, saya dapat jual pakaian tu dan dapat la duit untuk bayar kolej saya dan abang," katanya sambil menambah abangnya yang berusia 18 tahun kini sedang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak.



Antara pakaian yang dijual Rafik bersama ibunya.

Katanya, setiap hari dia akan bersiaran langsung di laman TikTok sebanyak dua kali iaitu pada waktu petang dan malam untuk menjual pakaian, selama sekitar tiga jam, manakala penghantaran pula akan dilakukan pada sebelah petang.

Menurut Rafik bapanya yang juga seorang pemandu lori baru sahaja mula bekerja setelah hampir lima bulan terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Video perkongsian Rafik itu bagaimanapun tidak terlepas daripada menerima kecaman daripada sesetengah individu.

"Ramai netizen cakap itu marketing tapi diaorang tak tahu situasi sebenar jadi benda negatif saya hanya pekakkan telinga," katanya yang menetap di Seri Iskandar, Perak.



Rafik sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak.

Menurut Rafik, dia sering mengikuti ibunya berniaga sejak dahulu lagi.

"Dulu saya ikut mak pergi berniaga dekat pasar atau dekat ekspo tapi sekarang kami hanya menjual secara dalam talian je," katanya.

Namun Rafik berkata sebelum ini dia dan ibunya pernah menjual ayam goreng RM1 namun perniagaan mereka itu terpaksa dihentikan disebabkan harga ayam yang semakin meningkat.

"Kami meniaga ayam satu tahun tapi lepas tu berhenti masa PKP kedua.. lepas dari tu kami mula jual pakaian online tapi secara kecilan je sebab kami tak ambil stok banyak.

"Kami ambil barang sikit demi sedikit," katanya.

Matlamat saya adalah saya nak sara keluarga saya supaya kehidupan kami sekeluarga lebih baik.

RAFIK HAKIM ROZALI

Bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis, anak bongsu daripada dua beradik ini berharap suatu hari nanti dia mampu mengubah nasib keluarganya.

"Saya memang minat nak jadi anggota polis sejak kecil lagi.

"Matlamat saya adalah saya nak sara keluarga saya supaya kehidupan kami sekeluarga lebih baik.

"Insyallah kalau ada rezeki saya nak sambung pengajian di peringkat diploma dan lepas habis diploma saya nak cuba pergi hadiri temuduga sebagai anggota polis," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain