suria

Ibu tak percaya 3 doktor kata telinga anak ada jangkitan kuman, tapi nalurinya terbukti tepat - “Doktor cakap puan betul”

Affan dibawa berjumpa tiga doktor sebelum doktor mengesahkan bahawa apa yang terdetik di hatinya adalah tepat.

NALURI seorang ibu jarang tak tepat.

Justeru, apabila Nor Insah dimaklumkan bahawa telinga anaknya berkemungkinan mengalami jangkitan, dia berusaha untuk mendapatkan pandangan kedua.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Bayi PKP’ pelik dibawa keluar hadiri kenduri, menangis takut lihat ramai manusia... segalanya berubah bila jumpa geng!

ARTIKEL BERKAITAN :“Dia boleh berhenti letak tepi jalan” - Ibu tersentuh tengok cara suami didik anak, tapi akur walau orang lain nampak kasar

Ini kerana jauh di sudut hati kecilnya, ibu ini percaya anaknya itu mungkin telah memasukkan sesuatu ke dalam telinganya.

Bercakap kepada mStar wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Nor Insah itu berkata, semuanya bermula apabila dia ternampak cecair keluar dari telinga kanan anaknya, Rizq.

Hasil pemeriksaannya kemudian mendapati ada sesuatu yang berwarna putih di dalam telinga anaknya yang baru berusia dua tahun tiga bulan itu.

"Jadi akak bawa Rizq ke klinik berdekatan, doktor periksa dan cakap ada infection kesan dari selesema tapi akak berkeras nak refer ke hospital sebab akak rasa benda putih tu bukan infection tapi benda asing yang dia masukkan dalam telinga," katanya yang menetap di Puchong, Selangor.



Affan sebelum itu mengalami selesema berpanjangan.

Menurut Insah dia kemudiannya membawa anaknya itu ke sebuah hospital swasta namun jawapan yang diterimanya tetap sama.

"Tapi masa tu akak masih tak sedap hati, akak cakap macam mana kalau ada benda lain dalam telinga jadi doktor refer anak akak ke pakar telinga, hidung dan tekak.

"Kemudian pakar tu pun cakap maybe infection, sama macam apa yang doktor-doktor sebelum ni beritahu.

"Tapi oleh sebab akak ni risau juga jadi doktor pun vacuum telinga Rizq," katanya.

Menurut Insah, kata hatinya akhirnya ternyata tepat apabila doktor berjaya membawa keluar sebiji kacang tanah dalam dari telinga anaknya.

"Lepas vacuum tu doktor cakap puan betul bukan infection tapi benda asing dalam telinga.

"Masing-masing syukur sangat, kalau tak kena on antibiotik dan makan ubat," katanya yang bekerja sebagai seorang eksekutif perakaunan.



Kacang yang dijumpai dalam telinga Affan.

Menurut Insah, doktor menganggarkan kacang tersebut mungkin sudah berada dalam telinga Rizq sekitar satu ke dua minggu.

"Rizq tak boleh bercakap lagi cuma dia akan masukkan jari dalam telinga jadi bila dia tidur akak periksa.

"Itu yang nampak putih-putih.

"Akak rasa mungkin dia ambil dari dapur sebab dia dah pandai buka children lock dekat almari dapur," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain