suria

“Mandul, selekeh, patut tak ada zuriat” - Cari rezeki reviu makanan, wanita makan tak cover ayu jadi mangsa buli siber... nasib baik suami OK

Tira sering menjadi mangsa dihina netizens.

SELEKEH, kuat makan, patut tak ada zuriat sebab tak jaga pemakanan.

Itu antara kata-kata nista yang terpaksa ditelan seorang wanita demi tugasnya sebagai seorang food reviewer atau pengreviu makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Cucek", apa tu? Ibu saudara suka menyakat, tapi lakonan mantap kanak-kanak ini berbaloi... Uwais dapat habuan yang dinanti-nantikan!

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau top up mesti kena sound" - Wanita disindir, siap dituduh penipu gara-gara bayar tol guna jam... jangan terkejut, dah ada yang bida nak beli!

Bercakap kepada mStar, Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli, 24 mengakui dia pernah beberapa kali hampir berputus asa serta menangis disebabkan kecaman yang diterimanya.

"Saya pernah menangis disebabkan mulut orang.

"Macam-macam mereka kata, saya mandul la, suami kita sedih dapat kita, ayat mereka tu kejam sangat, dan kebetulan masa tu saya tengah sensitif, tengah tak ada mood jadi rasa macam nak give up dan deactivate instagram saya.

"Tapi setiap kali saya rasa nak putus asa saya akan bangkit balik, usaha lagi, kalau saya ikut je mulut orang rasanya saya dah lama stop," katanya yang menetap di Sepang, Selangor.



Antara komen-komen negatif yang sering diterimanya.

Mesra dipanggil Tira, wanita ini mengakui sokongan serta dokongan daripada suaminya membuatkan dia kuat untuk terus mencari rezeki yang halal sebagai seorang reviewer.

"Suami saya selalu tenangkan saya dan dia tak pernah cakap soal anak dengan saya, dia kata dah bukan rezeki lagi tunggu la Allah kasi.

"Tak perlu bersedih kerana dia sentiasa ada dengan saya walaupun apa jadi, "buat apa dengar mulut orang, yang hidup dengan awak bukan netizen pun"," kongsinya yang masih belum dikurniakan cahaya mata setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.



Suami Tira amat menyokong kerjayanya.

Berkongsi mengenai detik permulaan kariernya sebagai seorang reviewer, Tira berkata dia mula berjinak-jinak dalam bidang ini pada tahun 2018.

"Bila saya viral ada client yang direct mesej saya minta saya review produk mereka, jadi masa tu la saya mula.

"Saya makan memang tak cover ayu, itu cara saya review tapi mungkin orang nampak buruk, InsyaAllah saya ubah slow-slow.

"Tapi itu style saya, dekat luar saya makan macam manusia biasa je," katanya, yang mengemari nasi tomato.



Kesungguhan Tira makan membuatkan penonton terliur dan tertarik untuk mencuba makanan yang direviewnya.

Alhamdullilah, katanya, pendapatan yang diterimanya dari tugas itu selama ini membolehkan dirinya menanggung keluarga serta membeli apa yang diinginkan.

Walaupun sering mencuba makanan baru, ironinya Tira mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang yang sentiasa "mengejar" untuk mencuba makanan viral.

"Saya bukan jenis yang mencuba makanan viral, saya buat (content) atas urusan kerja je dan saya makan setiap hari sama macam semua orang," katanya.

Tidak seperti sangkaan ramai, Tira berkata dia sebenarnya tidak akan menghabiskan semua makanan yang direviewnya.

"Tak habiskan pun kalau ada yang saya tak sentuh saya akan bagi pada jiran contoh macam tauhu ke kalau banyak sangat saya memang asing untuk bagi jiran.

"Yang lebih tu saya bagi adik beradik atau suami makan," katanya.



Tira akan berkongsi rezekinya dengan orang lain.

Malah menurut Tira dia juga mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatannya.

"Ada yang suruh akak bersenam tu, mereka bukan duduk satu rumah dengan saya, bersenam ke tidak bukan mereka nampak.

"Setiap minggu saya akan periksa paras gula saya, dan saya ada insurans kesihatan, hibah semua ada.

"Takkan semua benda nak update dekat orang, saya tahu diri saya macam mana," tegasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain