suria

Jadi atlet sebab nak banggakan mak ayah dan pernah raih pingat Sukan Sea, pemuda ini perjelas kenapa bersara umur 21 tahun

Razin tak menolak seandainya ada rezeki untuk dia bergelar jurulatih taekwondo suatu hari nanti.

MASIH banyak impian yang tersisa, namun segalanya terhenti di separuh jalan sahaja.

Begitulah kisah bekas atlet taekwondo negara, Razin Isyraf Grocer Abdullah, 23, yang bersara sekitar dua tahun lalu.

Mesra disapa Razin, jejaka dari Bintulu, Sarawak itu mengakui rindu untuk beraksi seperti dulu-dulu, namun faktor kesihatan menjadi penghalang utama untuknya mengejar impian.

ARTIKEL BERKAITAN: Luah hasrat nak kahwin, atlet berbasikal risau saat tunggu reaksi bapa ketika buat panggilan telefon - “Ibu kata tak payah mengada-ngada”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya, atlet taekwando buat video tutorial sukan lain tular di TikTok... tak sabar nak test skill selepas pandemik - “Saya tak pandai buat content”

"Saya menyertai pasukan kebangsaan sejak 2016 sehinga 2019. Saya bersara pada umur 21 kerana kecederaan lutut, saya ambil keputusan untuk tak teruskan lagi.

"Sepanjang kerjaya, saya pernah beraksi di Sukan Sea di Filipina pada 2019 sehingga meraih pingat gangsa. Untuk Sukan Malaysia (Sukma) pula, saya bermain untuk pasukan Sarawak.

"Sebenarnya taekwondo saya minat sejak kecil lagi. Saya bermula ketika darjah lima. Satu benda saya suka mengenai taekwondo, ia membuatkan kita berfikir ke depan.

"Dalam taekwondo juga, kita kena berfikir laju untuk pintas pihak lawan. Ini merupakan benda yang saya paling suka," ujarnya.

razin3

Razin meraih pingat gangsa ketika Sukan Sea 2019.

Jelas Razin yang kini bekerja dengan sebuah syarikat makanan di Cyberjaya, jauh di sudut hati dia rindu dan terkenang akan kenangan ketika bergelat atlet.

Namun katanya, dia reda dan berserah kepada rezeki untuk menceburi bidang lain dalam kehidupannya pada masa ini dan akan datang.

Dulu jadi atlet, saya nak banggakan mak ayah sebab study saya tak berapa OK.

RAZIN

"Tipu kalau kata tak rindu. Kalau saya sihat, saya memang nak terus main taekwondo. Paling rindu tentunya suasana latihan.

"Ia membuatkan saya rasa ada sasaran dalam hidup. Setiap hari kita berlatih, kita akan tetapkan sasaran. Jadi hidup saya tak kosong," ujarnya.

razin44

Razin berasal dari Bintulu, Sarawak.

Kata Razin lagi, selain bekerja dengan syarikat makanan, dia juga menemui minat baharu dalam hidupnya iaitu bidang perniagaan.

Jelasnya, dia sudah mencuba beberapa bisnes termasuklah dengan syarikat penapis air dan kini sedang fokus terhadap bisnes produk kolagen pula.

"Cabaran paling besar dalam bisnes merupakan rejection daripada pelanggan. Pada awal saya sertai bisnes, saya tak sedar akan hal itu.

"Mula-mula orang reject, saya rasa tak apa... esok ada lagi. Tapi akhirnya baru saya faham, saya belajar dengan pengalaman sendiri.

razin5

Razin kini mahu fokus terhadap kerjaya hakiki dengan sebuah syarikat makanan serta bisnes yang diceburinya.

"Sukan dan bisnes ada cabaran tersendiri. Kalau atlet, cabarannya nak kena training, bagi komitmen dan disiplin untuk capai target. Bisnes pun ada target juga," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.

Kata Razin, dia memasang impian untuk mengeluarkan produk sendiri suatu hari nanti.

Pada masa sama, Razin tak menolak seandainya ada rezeki untuk dia bergelar jurulatih taekwondo suatu hari nanti.

"Ramai yang tanya kenapa berhenti sukan? Ada yang WhatsApp, ada yang direct mesage (DM). Jadi saya jelaskan baik-baik.

"Dulu jadi atlet, saya nak banggakan mak ayah sebab study saya tak berapa OK...saya cuma mampu banggakan mereka sebagai atlet.

razin2

Kata Razin, dia rindu untuk beraksi seperti dulu-dulu.

"Biarpun famili sedih masa saya nak bersara, mereka beri sokongan kepada saya. Cuma sekarang saya kalau boleh nak ada produk sendiri. Kalau ada rezeki sebagai coach, saya tak menolak," ujarnya.

Dalam temubual sama, Razin sempat menzahirkan harapan agar pandemik di negara ini berakhir segera dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

"Harap sangat Covid-19 berakhir segera. Moga ia reda dan keadaan kembali macam dulu.

"Saya dah lama jauh dengan keluarga. Kali terakhir balik Bintulu pada tahun 2018," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain